Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
SEORANG MP BN menuntut
kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima
sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walau 'tiada kena mengena dengan
pembangunan Felda'.
Datuk Seri Abdul Ghapur
Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham
tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.
"Ada orang di Sabah,
yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak
sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak
menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.
"Saya minta diberi
senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata
Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur
untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak
menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.
Sebelum itu, Ahmad
menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah
kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan
FGV.
"Tetapi daripada
senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang
Berhormat itu.
"Saya ingin menjelaskan
di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda
Global Ventures ini. Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri.
Saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus
saham itu," kata Ahmad Maslan. (MKINI)
No comments:
Post a Comment