Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Tun Dr
Mahathir Mohamad menjangkakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam
pilihan raya umum ke-13 akan meningkat dengan pembentangan Bajet 2013 pada 28
September lalu.
Bekas Perdana Menteri paling
lama berkhidmat itu juga turut memuji bajet yang diumumkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak sebagai 'baik' dan akan membantu BN dalam pilihan raya
akan datang.
"Bajet (2013) itu baik
... Saya rasa sokongan kepada BN akan ada peningkatan," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan kepada kakitangan Institut
Jantung Negara (IJN) di sini.
Beliau (gambar) yang sebelum
ini berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun pernah mengeluarkan
kenyataan BN akan menjadi kerajaan lemah selepas PRU 13 yang dijangka tidak
lama lagi.
Kenyataan itu bagaimanapun
disanggah beberapa pemimpin BN, malah mereka juga tidak bersetuju dengan
dakwaan Dr Mahathir bahawa pemberian wang tunai oleh pentadbiran Najib adalah
satu bentuk pembelian undi tetapi menegaskan bahawa veteran politik itu juga
mengakui bahawa BN perlu untuk meningkatkan populariti bagi memastikan kerajaan
yang lebih kuat selepas PRU akan datang.
Dr Mahathir dalam sebuah
forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana sebelum ini meramalkan bahawa BN akan
terus memerintah Malaysia selepas PRU ke 13 sebagai sebuah kerajaan lemah dan
itu adalah tidak baik kerana gabungan pemerintah tersebut akan lebih
memfokuskan kepada survival mereka lebih daripada membangunkan negara.
Menurut Dr Mahathir lagi,
tindakan kerajaan pimpinan Najib memberikan wang tunai kepada rakyat adalah
tindakan yang menyerupai “pembelian undi”, akan tetapi mengakui usaha tersebut
dalam membantu menggembalikan populariti BN dengan lebih cepat oleh kerana PRU
semakin hampir.
Sebagai seorang pemimpin BN
yang lantang, Dr Mahathir berkata BN memerlukan sebuah kerajaan kuat untuk
membantu perlaksanaan dasar-dasar yang mungkin “tidak menyenangkan” tetapi akan
memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.
Mana-mana kerajaan yang
dibentuk dengan majoriti parlimen yang kecil boleh digulingkan dengan mudah
melalui pembelotan massa, kata Dr Mahathir sebelum ini memberi amaran. (TMI)
No comments:
Post a Comment