Oleh : NOMY NOZWIR
KUALA LUMPUR : Presiden
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard
Dompok berkata, adalah tidak adil bagi sesetengah pihak untuk mengkritik
Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) tentang pendatang tanpa izin di Sabah.
Dompok berkata, pihak
kerajaan serius untuk menangani kerisauan rakyat Sabah mengenai pendatang tanpa
izin yang semakin meningkat di negeri tersebut.
"Kerajaan memandang
serius tentang isu ini, dan kerana itu kerajaan menubuhkan RCI dan sudah pasti
akan ada yang mengatakan ini adalah gimik politik, tetapi adalah tidak adil
untuk menyatakan sedemikian, kerana RCI masih lagi belum bermula.
"Biar RCI menyiapkan
tugasannya, dan kemudian kita boleh beri merit kepada mereka," kata Dompok
selepas merasmikan pameran Malaysian Timber Council Global Woodmart 2012 yang
berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, hari ini.
Jumlah pengundi di Sabah
yang menyokong kerajaan semakin menurun semenjak 2009 disebabkan jumlah
pendatang haram yang tinggi, kemudahan infrastruktur yang teruk dan kurangnya
pembangunan yang menjadi kebimbangan utama pengundi, menurut tinjauan Merdeka
Center yang diedarkan dua hari yang lalu.
Peningkatan kebimbangan
dikalangan rakyat Sabah boleh dieksploitasi oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam
melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang,
kata tinjauan tersebut lagi.
Menurut Merdeka Center, hanya
54 peratus pengundi yang mereka tinjau merasakan negeri tersebut sedang berada
di landasan yang betul menurun 12 peratus berbanding dengan 66 peratus dalam
tinjauan dilakukan pada November 2009.
Lima puluh tiga peratus dari
pengundi berpendapat masalah pendatang tanpa izin adalah masalah paling utama
dihadapi BN di kubu kuat mereka, dengan berharap keputusan Perdana Menteri
untuk mengadakan RCI untuk menyiasat perkara ini
Menurut tinjauan, 87 peratus
bersetuju dengan penubuhan RCI berkenaan isu pendatang tanpa izin.
Tetapi Merdeka Center
menurut tinjauan mengatakan cuma 54 peratus sahaja yang yakin dengan
suruhanjaya itu dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Tinjauan juga mendapati
pengundi di Sabah mempunyai pandangan yang bercampur dengan penubuhan
suruhanjaya tersebut, dengan 46 peratus berkata “satu cara untuk menangani
pendatang tanpa izin”, sementara 36 peratus lagi berkata “ia cuma gimik politik
untuk meredakan kemarahan rakyat Sabah sebelum pilihan raya”.
Dalam bancian 2010 dalam
negeri Sabah menunjukkan peningkatan 390 peratus dari 636,431 kepada 3,120,040
penduduk di Sabah, melebihi dua kali ganda dari pertumbuhan penduduk iaitu 164
peratus.
Dari 3.12 juta penduduk
Sabah hari ini, 27 peratus daripadanya adalah pendatang asing. (TMI)
Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has ordered all agencies under his ministry to give full cooperation to RCI specially set up to investigate problem of illegal immigrants in Sabah.
ReplyDeleteWe will ensure the objectives of the formation of the RCI will be realised and be a historic moment for Sabah. This matter is very close to the hearts of Sabahans.-Hishammuddin
DeleteDuring the investigation period, we know that the Home Ministry's agencies will be called up, so it's up to the RCI. We will do what is appropriate-Hishammuddin
DeleteMengenai RCI rasanya semua perlu menerima akan perkara ini sebaiknya. RCI ditubuhkan bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata.
DeleteKerjasama semua golongan amat diperlukan.
DeleteHishammuddin urged the public including those from the opposition parties not to politicise the effort as it could dent the government's sincere intention of tackling an inherited problem and not one that happened overnight in Sabah.
ReplyDeleteSokong kenyataan TS Bernard. Pembangkang sengaja mengaburi mata rakyat dengan mengatakan RCI ini tidak telus sedangkan hasil siasatan belum pun siap.
ReplyDeleteJadi, RCI harus membuktikan kebolehan dan menyakinkan rakyat juga.
DeleteSemoga siasatan RCI menghasil.
ReplyDeletePanel RCI harus menjalankan tugas dengan bijak.
ReplyDeleteLima puluh tiga peratus dari pengundi berpendapat masalah pendatang tanpa izin adalah masalah paling utama dihadapi BN di kubu kuat mereka, dengan berharap keputusan Perdana Menteri untuk mengadakan RCI untuk menyiasat perkara ini
ReplyDeleteIsu PATI ini memang merunsing dan membimbangkan.