RAMAI orang kata kecantikan
sifatnya relatif. Pendapat ini rupanya tidak dipersetujui media massa China
kerana mereka mengiktiraf model bernama Ai Shangzhen mempunyai kecantikan yang
sempurna seantero China. Pendapat ini merujuk kajian terperinci dengan meneliti
saiz wajah dan tubuh gadis itu.
Laman divaasia.com
melaporkan, beberapa media infotainment China memetik data tubuh gadis 24 tahun
ini. Hasilnya, wajahnya yang simetri dianggap ideal. Tinggi badannya 1.8 meter
makin sempurna kerana ditunjang lingkar badan 90-60-90.
Shangzhen kini menjalani
kerjaya sebagai Hos Rancangan televisyen dan pelakon. Perempuan dari Provinsi
Chongqing ini sejak dua tahun terakhir malang melintang di industri permodelan
Hong Kong.
Tersangat sempurnanya,
banyak pihak menuding Shangzhen menjalani pembedahan plastik. Dia menilai orang
yang menuduh demikian harus bertemu orang tuanya.
“Para penuding harus melihat
kedua-dua orang tua saya supaya tahu keaslian wajah ini,” ujar dia.
Perempuan lulusan Universiti
Wuhan ini bahkan malu dengan keadaan tubuhnya. Shangzen mengaku sejak remaja
merasa gelisah kerana mempunyai tubuh yang terlalu tinggi.
Namun kecantikan sempurna
yang disebut-sebut media China tidak terlalu benar kerana Shangzhen hanya
menjadi juara dua dalam pertandingan kecantikan Miss China pada 2008.
No comments:
Post a Comment