WAWANCARA...Hj
Sallehuddin sedang diwawancara mengenai perjalanan persatuan (PKKS).
Oleh:  SHAIMON S JUMADI                   Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Terdapat beberapa
perkara yang perlu diambil perhatian oleh para Kontraktor bumiputera yang sudah
menjadi ahli dalam Persatuan Kontraktor Klas F Sandakan.
Pertama, sebagai pemilik
lesen syarikat-syarikat berkenaan yang sudah berdaftar dengan Persatuan
Kontraktor Klas F Sandakan (PKKS), mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk
meng'ali-baba'kan lesen-lesen mereka kepada bukan kontraktor bumiputera.
Jika ada di antaranya yang
melakukan perbuatan sedemikian, maka Jawatankuasa PKKS boleh mengambil tindakan
yang terdapat dalam undang-undang kecil persatuan.
Pengerusi Persatuan
Kontraktor Klas F Sandakan (PKKS), Haji Sallehuddin Haji Anoi  berkata demikian dalam satu wawancara khas
dengan Sabahkini.Net sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa
persatuan tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Masarakat Sandakan
pagi kelmarin.
Dalam  mesyuarat yang dihadiri seramai 18 orang
ahli  jawatankuasa persatuan tersebut,
terdapat empat agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat yang berjalan
lebih dua jam itu; antaranya ialah menetapkan 
beberapa syarat yang dikenakan kepada para kontraktor bumiputera yang
mendapat  satu-satu tender.
"Sekiranya salah satu
daripada mereka tidak berupaya melaksakan projek tersebut mungkin disebabkan
kekurangan modal, mereka boleh memberikan ruang dan peluang kepada kontraktor-kontraktor
bumipitera yang sedia membantu dan yang berdaftar dengan persatuan ini,” tegas Hj
Sallehuddin.
Agenda kedua ialah
menyatupadukan semua kontraktor yang ada di lingkungan daerah Sandakan seperti
Daerah Beluran, Daerah Tongod, Telupid dan Kinabatangan  di bawah kalwal seliaan  PKKS.
Agenda ketiga ialah memberi
ketetapan tarikh dan masa untuk membuat kunjungan kehormat ke Jabatan Kerajaan
negeri dan Persekutuan bagi mendapat maklum balas daripada para pegawai
jabatan-jabatan berkenaan mengenai sistem dan tatacara sebut harga  (Tender) dalam satu-satu projek.
KENANGAN...Sebahagian
AJK PKKS bergambar beramai-ramai  dengan
Hj Sallehudin. 
Bagi agenda keempat pihak
persatuan tersebut meminta kerajaan mahupun jabatan-jabatan berkaitan supaya sistem
tender yang diguna pakai sekarang tidak begitu konsisten dan ada baiknya
seperti yang digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR); iaitu cabutan menggunakan
sistem bola pingpong untuk mendapat satu-satu tender projek  dengan kaedah yang telus.
Tambah  Hj Sallehuddin lagi,  dengan 
menggunakan komputer, sering berlakunya kebocoran segala maklumat yang
berada dalam  simpanan komputer berkenaan
kerana ada orang yang mungkin melakukan penyelewengan dan timbul karenah birokrasi
dalam pemberian tender-tender kepada kontraktor berkenaan.
Persatuan tersebut  baru sahaja ditubuhkan pada awal Oktober 2012
dan telah mendapat kelulusan oleh Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kini mempunyai
ahli seramai 50 orang dan 18 orang sebagai ahli jawatankusa (Office Bearers). Pejabatnya
terletak di Tingkat 4, di Wisma MARA Sandakan.
Bagi kontraktor-kontraktor
bumiputera yang belum menjadi ahli dipersatuan ini mereka yang berminat boleh
menghubungi  Rosman Jekol talian
019-8040022; Ishak Apok 013-8802110 dan Aliasah Hj Aman 014-356832 pada
bila-bila masa saja.
 

 
No comments:
Post a Comment