Monday 14 November 2011

KERAJAAN KOMITED LAHIRKAN MASYARAKAT BERILMU



MEMBACA....Kelihatan Azizah dan jemputan serta murid sekolah sedang membaca buku di Perpustakaan Desa Kg Limbawang.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KERAJAAN sentiasa komited untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mampu bersaing di peringkat global. Selain sekolah pelbagai kemudahan lain disediakan kerajaan secara berterusan sama ada di bandar mahu pun di pelusuk kampung.

Baru-baru ini penduduk Kampung Limbawang Beaufort dan sekitarnya mendapat satu kemudahan memnimba ilmu melalui pembinaan sebuah bangunan Perpustakaan Desa (PD) daripada peruntukan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM170,000.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata kewujudan PD itu membuktikan kerajaan yang ada sekarang amat prihatin terhadap usaha menanamkan budaya membaca di kalangan rakyatnya.

“Dengan adanya PD di sini ianya memberi kemudahan bukan sahaja pelajar-pelajar atau anak-anak kita tetapi juga semua masyarakat di Kampung Limbawang dan kampung-kampung di sekitarnya untuk menimba ilmu.

“Sebagai pemimpin saya berhasrat agar rakyat sentiasa menjadikan budaya menimba ilmu melalui membaca itu sebagai sebahagian daripada budaya kehidupan mereka kerana perjalanan untuk mencapai kejayaan itu ialah menambah ilmu secara berterusan melalui pembacaan,” katanya pada majlis perasmian perpustakaan itu baru-baru ini.

Azizah yang juga Adun Klias itu berkata kewujudan PD membolehkan masyarakat luar bandar mengakses ilmu dan dan sekali gus dapat bersaingan dengan rakan-rakan mereka yang berada di bandar.

Justeru katanya kini tidak ada sebab masyarakat kampung tidak boleh sampai kepringkat global dan bersaing dengan sesiapa sahaja.

RASMI.. Azizah memotong riben ketika merasmikan pembukaan Perpustakaan Desa Kg Limbawang, Beaufort.

SEJARAH....Azizah menanam pokok kelapa pada majlis bersejarah bagi penduduk Kg Limbawang.

PRIHATIN....Azizah bertanya sesuatu kepada seorang kanak-kanak yang turut mengunjungi PD Limbawang.

“Saya melihat perkembangan yang baik di PD Kg Kebulu, di mana program kelas bahasa Inggeris bukan kanak-kanak sahaja yang datang malah orang dewasa juga amat berminat dan turut sama.

“Ini membuktikan mereka juga ingin menjadi masyarakat antarabangsa dengan mengetahui bahasa-bahasa lain selain dariapad bahasa Melayu dan bahasa ibunda masing-masing terutamanya bahasa Inggeris untuk membolehkan mereka berintraksi dengan masyarakat antarabangsa,” katanya katanys sambil berharap penduduk dapat memanfaatkan PD yang disediakan kerajaan.

Aziah berkata pihaknya juga membuat perancangan untuk membina perpustakaan seperti itu di Kg Montenior yang kedudukannya agak jauh daripada pekan.

“Kita berharap ianya akan mendapat kelulusan peruntukan kerajaan dan sebaiknya akan dapat dibina pada tahun hadapan.

“Bukan di Beaufort sahaja, kita akan membina perpustakaan ini di seluruh Sabah dan bukan hanya PD tetapi juga perpustakaan daerah, perpustakaan pekan dan perpustakaan wilayah,” katanya.

Hadir sama pada mjlis yang diserikan dengan persembahan bercerita dalam bahasa Inggeris dan deklamasi puisi oleh murid sekolah rendah itu, Pegawai Daerah Beaufort, Wong Foo Tin, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Wong Vui Yin, Wong Vui Yin, Ketua Daerah Wong Sami, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Klias, Saidin Musih dan Ketua Perpustakaan Cawangan Beaufor, Yakob Tamit serta kira-kira 80 murid SK Mempagar Beaufort.

No comments:

Post a Comment