Sunday 27 November 2011

SASARAN 22 % PROGRAM KITAR SEMULA



LANCAR…Lajim (tengah) menekan bebola krisital sebagai simbol pelancaran kempen tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KERAJAAN yakin sasaran kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang 2020 akan tercapai menerusi penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) sejak September lepas.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukim berkata, keyakinan itu diperkukuhkan dengan sambutan menggalakkan badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat terhadap kempen tersebut.

"Kempen kesedaran dan program kitar semula yang dilancarkan sejak 2000 itu dilihat berjalan dengan baik dan pesat selain menarik minat pelbagai pihak untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang kepentingan amalan sosial itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Kita Semula Peringkat Negeri di Beaufort pada sabtu.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort, Kusnadi Munawar serta pemimpin masyarakat tempatan.

TIBA…Lajim disambut meriah sejurus tiba untuk merasmikan kempen tersebut.

BANTUAN…Lajim turut menyampaikan replika cek bantuan untuk kempen Kitar Semula kepada Kusnadi Munawar sempena majlis tersebut.

Lajim berkata, antara program NGO bersama agensi kerajaan sepanjang tahun ini ialah Program Kempen Kitar Semula yang dilaksanakan di semua negeri dan setakat ini ianya mendapat sokongan yang menggalakkan dari pelbagai pihak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut melahirkan kebimbangan sekiranya kesedaran serta sambutan orang ramai terhadap kempen yang dijalankan ini tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua pihak, negara akan menghadapi keadaan kritikal dalam menangani krisis sisa buangan termasuk sisa pepejal.

Menurut beliau setiap penduduk di Malaysia menghasilkan lebih kurang 0.8 hingga 1.5 kilogram sisa sehari.

“Menjelang tahun 2010, negara kita dijanga akan menghasilkan sehingga 30,000 tan sisa sehari dan jumlah ini dijangka meningkat selari dengan pertambahan jumlah penduduk negara ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau berharap kempen-kempan yang dijalankan oleh kementerian beliau dengan kerjasama badan NGO sedikit sebanyak mampu menangani masalah ini dan katanya kerajaan akan terus memberikan komitmen dengan meyediakan peruntukan yang sewajarnya bagi memastikan kesedaran awam terus meningkat.

“Kempen kesedaran ini bukan sahaja terhad kepada kitar semula, malahan juga meliputi kesedaran tentang pengurusan sisa pepejal daripada pernjanaan sehingga pelupusan serta kaedah-kaedah rawatan yang ada,” tambah Lajim.

1 comment: