Monday 21 November 2011

AMOK CINTA, TENTERA PECAH CERMIN KERETA



Oleh : MUTALIB M.D

HANYA kerana pertengkaran kecil dan kecewa kerana cintanya tidak dilayan, seorang anggota Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Labuan, Azrie Nahar, telah bertindak di luar batasan dengan memecahkan cermin dua buah kereta rakan serumah teman wanitanya.

Azrie telah menghantar SMS kepada Teman Wanitanya yang berbunyi "Ayg nk abg pecah keta kat bwh nie" dan tidak lama kemudian diikuti dengan dentuman bunyi sesuatu dipecahkan di bawah rumah tempat teman wanita Azrie dan rakannya tinggal di Kampung Patau-Patau Labuan.

Bagaimanapun kata salah seorang mangsa, Sineh Binti Barong, Azrie tidak mengaku bertanggung jawab sehingga memaksa beliau membuat laporan polis di Balai Polis Labuan melalui report Labuan/006452/11 pada 8 November 2011 yang berbunyi;

“Pada 07.11.2011 jam lebih kurang 2140 Hrs bertempat di tingkat 1, Kuaters Chocolate Sales & Supplies WP Labuan, semasa sedang menonton televisyen bersama tiga orang kawan yang lain, tiba-tiba kami terdengar bunyi dentuman yang kuat di bahagian bawah bangunan.

“Pada mulanya kami tidak menghiraukan bunyi tersebut. Kemudian seorang kawan saya bernama Dayang Ani Awang memberitahu dia telah menerima SMS 0129846832 dari kawan lelakinya bernama Azrie Nahar seorang anggota TUDM WP Labuan memberitahu akan membuat hal.

“Bunyi SMS itu seperti berikut, "Ayg nk abg pecah keta kat bwh nie". Sekiranya kawan saya tidak mahu berjumpa dengannya. Mendengarkan maklumat tersebut, saya bersama kawan yang lain pun turun ke bawah dan mendapati cermin dua buah kereta milik saya atas nama Joe Hillmy Bin Jumat dan sebuah kereta milik kawan saya telah turut dipecahkan.

“Iaitu 1 kereta jenis Mitshubishi Lancer No Pendaftaran LD 526 milik saya telah pecah di bahagian cermin sebelah kiri penumpang belakang dan cermin belakang kereta. Sebuah lagi Proton Saga New No Pendaftaran SAA1012Y milik kawan saya bernama Rawinah Binti Sinwah telah pecah di bahagian cermin depan, cermin kiri penumpang depan dan belakang.

“Pada masa kami turun lelaki yang menghantar SMS tadi sudah tiada. Saya telah menghubungi pihak polis dan pihak peronda telah datang dan menyarankan kami untuk mmebuat laporan polis. Anggaran kerugian yang dialami belum diketahui. Lalu satang ke Balai Polis buat laporan untuk tindakan selanjutnya dan siasatan pihak polis serta tuntutan gantirugi akibat kerosakan jenayah yang dilakukan oleh penama 'Azrie Nahar'.”

Sehubungan itu, Sineh berharap agar Ketua Markas TUDM Labuan dan pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap Azrie yang dipercayai menjadi suspek utama disebabkan ‘cintanya’ ditolak teman wanitanya.

“Jika hari ini dia berani melakukan vandalisme dan berselindung di sebalik uniformnya, bagaimana suatu hari nanti beliau bertindak di luar kawalan?,” tanya Sineh yang turut memohon perlindungan polis kerana bimbang diserang Azrie ekoran laporan polis yang dibuatnya.

Bagaimanapun teman wanita Azrie, Dayang Ani Awang tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan berhubung tindakan ganas teman lelakinya. Polis Labuan yang dihubungi mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan.

No comments:

Post a Comment