Friday 25 November 2011

PETRONAS, BUKAN MEMBEZAKAN DARJAT!




Saudara Pengarang,

KETIKA melayari Sabahkini.net, saya tidak perasan ada satu komen yang begitu menarik perhatian saya berbanding artikel yang diterbitkan Sabahkini.net bertajuk ’Poverty In Sabah Getting Worst’.

Dalam artikel tersebut, seorang pengomen Joseph Lakai berpendapat bahawa;

“Sabah mempunyai kekayaan yang banyak. Satu-satunya masalah adalah bahawa ia tidak dikongsi secara saksama dengan rakyat Sabah yang lain. Sebagai negara pengeksport minyak, rakyat Sabah tidak menerima satu sen pun daripada hasil minyak, walaupun Petronas memperoleh RM 500 bilion sejak ia ditubuhkan 31 tahun yang lalu pada tahun 1974. Jika ini RM 500 bilion telah dikongsi bersama setiap rakyat Sabah yang memerlukan dan yang tidak kaya, masing-masing Sabah yang muda dan tua boleh mendapatkan sekurang-kurangnya RM 20,000 masing-masing. Tetapi rakyat Sabah tidak menerima satu sen pun daripada hasil minyak disebabkan rasuah oleh kerajaan BN yang banyak merosakkan kuasa mutlak sama sekali. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendedahkan bahawa Petronas dijangka mendapat RM 83 bilion tahun lepas. Selepas ditolak cukai dan royalti sebanyak RM 40 bilion, subsidi bahan api sebanyak RM 13 bilion, Petronas masih mempunyai baki RM 40 bilion. Jika ini telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan rakyat Sabah, setiap tua dan muda akan mendapat RM 2,000 setiap setahun.”

Sebagai penuntut tahun akhir di Universiti Malaysia Sabah, saya mengkagumi pandangan beliau yang teramat bernas, sekalipun tidaklah begitu benar dan banyak persoalan yang perlu dijawab.

Memang benar Petronas telah memperolehi pendapatan berbilion ringgit daripada usaha carigalinya di Malaysia termasuk di Sabah, tetapi mungkin Joseph Lakai lupa bahawa Sabah hanya menyumbang tidak sampai satu cawan teh daripada jumlah minyak yang dilombong Petronas di 46 buah negara di dunia, tidak termasuk Somalia dan Kazakhtan.

Setiap tahun Petronas telah membelanjakan lebih RM12 bilion untuk membiayai subsidi minyak kepada rakyat Malaysia termasuk Sabah, tidak termasuk biasiswa yang dinikmati ramai rakyat Sabah yang cemerlang dalam pendidikan, termasuk saya.

Tindakan mengasingkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia adalah bercanggah dengan Semangat Malaysia; apatah lagi menuntut sesuatu yang tidak masuk akal terutama kenaikan Royalti 5 % yang dipersetujui pada 1976, kerana Petronas membelanjakan lebih 85 peratus untuk belanja carigali dan bakinya untuk membayar cukai korporat dan zakat perniagaan.

Oleh itu, saya mengharapkan agar rakyat Sabah membuka mata seluasnya agar tidak terpesong dengan hasutan pembangkang yang menggunakan isu panas ini untuk meraih undi sedangkan hakikatnya, Petronas telah memberi lebih daripada sepatutnya kepada Sabah.

Tuntutan Royalti minyak sehingga 20 % adalah janji orang gila daripada Bukit Padang melainkan Petronas tidak perlu mencari gali minyak seperti kejayaan FELDA menyedut minyak daripada pokok kelapa sawit di tanah seluas 245,000 hektar yang diberikan secara percuma dan kini hanya membayar RM50 bagi satu metrik tan kepada Kerajaan Negeri Sabah; namun gagal menunaikan tanggung jawab sosial mereka dalam pengambilan peneroka dan agehan kek ekonomi yang seimbang.

Josoph Lakai sewajarnya mengkaji apa relevannya kewujudan agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan sebagainya sedangkan Sabah mempunyai SLDB yang mampu menjaga ekonomi Sabah jika semua agensi persekutuan bungkus tikar bantal dan kembali ke Semenanjung Malaysia; agar Sabah mempunyai kuasa autonomi sendiri, dalam hata tuju menjadi negeri maju menjelang 2015.

Salam Hormat,

MOHD ZAHIDAN MOHD ZAMANI

3 comments:

  1. saudara saya cadangkan biarkan lah sabah menyedut minyak nya sendiri seperti saudara katakan tidak pun sampai secawan kopi tak apa lah pulangkan kembali dan ambil balik petronas kalau itu membuatkan petronas rugi...kekayan sabah seharusnya untuk urang sabah tidak perlu berkongsi dengan semenanjung cuba saudara buka mata luas2 berapa ramai rakyat semenanjung yang berada di sabah hinggakan ramai rakyat sabah menganggur di tempat sendiri...terutamanya jawatan guru, polis, jururawat...yang di isi dari urang semananjung...Kemasukan FELDA ke Sabah adalah membantu rakyat sabah tetapi apa yang berlaku sekarang hampir 80% di jadikan Plantation dan rakyat sabah di biarkan terkulai di bumi sendiri kerana tanah sdh habis dikebas oleh felda jangan saudara nafikan sabah ada lubuk duit sebab itu lah saya berhenti dari FELDA kerana menentang dasar FELDA...yang ditukar ke plantation....saudara saya cadangkan ambil balik FELDA FELCRA RISDA DAN PETRONAS HARTA SABAH BIARLAH URANG SABAH YANG URUSKAN SENDIRI SAYA TANYA SAUDARA ADAKAH KERAJAAN NEGERI SABAH DI BERIKAN PELUANG MEMAJUKAN TANAH DI SEMENANJUNG.....................JANGAN RAGUT JANGAN KEBAS JANGAN SEDUT HABIS ......

    ReplyDelete
  2. Selain dari sebab sebab yang telah diberi, perlu ambil kira juga bahawa Kerajaan Pusat membiayai segala kos menjaga keselamatan dalam negeri dan pertahanan dari ancaman luar negeri diSabah juga.

    Polis dan Tentera yang berkhidmat diSabah, bangunan pejabat, peralatan termasuk yang canggih, gaji dan permumahan mereka adalah tinggi jumlahnya.

    ReplyDelete