Friday 25 November 2011

JPN JANGAN TUNDUK KEPADA DESAKAN SINO


Oleh : HAMZAH ABDULLAH

TUNTUTAN yang dibuat oleh Presiden Persatuan Sino Bumiputra Sabah, Datuk Johnny Goh agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memasukkan status bangsa Sino-KDM ke dalam Sijil Kelahiran tidak lebih dari hanya sebuah tuntutan berkepentingan peribadi demi keuntungan politik peribadi beliau dan bukan untuk kemaslahatan rakyat Sabah.

Saya yakin, dengan ketokohan dan kewibawaan Ismail Ahmad, selaku Pengarah JPN Sabah yang baru, beliau tidak akan semudah itu untuk tunduk atas desakan dan asakan bersifat 'selfish' sebegini.

Ismail Ahmad dilantik bukan atas sokongan mana-mana parti politik, tetapi lantikan beliau berdasarkan semata-mata atas pengalaman yang luas beliau dalam perkhidmatan awam yang rekod perkhidmatannya juga menunjukkan pernah bertugas di pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara.

Beliau berkhidmat dengan cemerlang sewaktu menjadi orang kanan dalam Jabatan Imigresen Malaysia dan tahu selok belok manipulasi pihak yang suka mengambil kesempatan di atas sikap berhemah dan keramahan beliau dalam melayani setiap aduan daripada orang ramai.

Apa yang menghairankan, kenapa tuntutan Johnny Goh ini dibuat selepas lebih 40 atau 50 tahun pemegang Sijil Lahir mereka yang menjadi ahli Persatuan ini tercatat sebagai bangsa CINA tidak pula membuat tuntutan untuk meminda status bangsa mereka? Mereka nampak cukup selesa dengan status bangsa yang sedia tercatit dalam Sijil Lahir mereka? Kenapa sekarang?

Apakah atas sebab peluang untuk membolot tanah-tanah NT sebagaimana yang didedahkan oleh ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, dalam persidangan DUN Sabah baru-baru ini kerana berpuluh ribu ekar tanah-tanah milik pribumi telah berjaya secara dimiliki secara tipu oleh mereka yang memiliki status Anak Negeri Palsu?

Silalah beri jawapan. Apakah atas sebab mahu membolot peluang mendapat kemasukan ke UiTM serta menikmati pembiayaan kewangan pelajaran yang disediakan oleh MARA? Sememangnya sudah ada kemasukan ke UiTM yang berjaya dibolosi melalui modus operandi perakuan status palsu ini!

Kalaulah akhirnya JPN terpaksa tunduk akur kepada desakan dan asakan Datuk Johnny Goh ini, saya menggesa supaya YB-YB keturunan Brunei, Bugis, Pakistan, India, Suluk, juga membuat tuntutan sama iaitu memasukkan dalam status bangsa di dalam Sijil Lahir mereka dan anak-anak mereka sebagai Bugis-KDM, Paki-KDM, India-KDM, Suluk-KDM, Brunei-KDM. Biar sama-sama menikmati kekayaan bumi Sabah anugerah Allah ini secara sama rata!

Soal benar atau palsu perakuan tersebut, persetankanlah! Perhitungan penting yang mesti diutamakan ialah habuan yang bakal dinikmati sebagai ANAK NEGERI! Soal palsu itu persoalan kedua!

1 comment:

  1. Perlu diketahui bahawa Kalimullah Hassan, seorang boss New Straits Times dimasa Tun Aabdullah Badawai dahulu, dan rapat dengan menantu Tun Dol, Khairy Jamaluddin, ada menulis mengatakan bahawa permohonannya supaya dicatitkan sebagai Melayu diKad Penganalannya tidak diluluskankan oleh Pejabat Pendaftaran Malaysia. Sebab ayahnya bukan Melayu. Walau pun dia Islam.

    Tidak perlu kemahuan Sino Bumiputera itu dilayan.

    ReplyDelete