Monday 28 November 2011

’CBM’ AGENDA TERSIRAT NAJIB?


Saudara Pengarang,

WALAUPUN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Calon Boleh Menang (CBM) atau ’winnable candidate’ mestilah seseorang yang boleh diterima majoriti pengundi dalam masyarakat tempatan serta jentera parti, namun siapa yang boleh menentukan bahawa calon itu CBM?

Di Parlimen Silam, misalnya, semua Wakil Rakyat yang ada bukan CBM kerana mereka mengkhianati rakyat dan majoriti pengundi teraniaya di bawah tadbir urus mereja yang tidak pandai mengurus.

Ahli Parlimen, dr Haji Salleh Kalbi yang bukan sahaja memperdaya pengundi dengan ’Ijazah Kedoktoran Palsu’, ’Duta Keamanan PBB Palsu’, isteri yang menggunakan IC Palsu, Jata Ahli Parlimen Palsu dan sebagainya; malah tidak pernah menunaikan janji yang telah dibuatnya sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 2008.

Salleh Kalbi telah menggunakan peruntukan Parlimennya untuk kepentingan diri sehingga berjaya membeli tiga buah rumah secara tunai, kereta mewah; tidak termasuk kereta yang disumbangkan IGM Enterprise.

Hampir kesemua peruntukannya disalurkan kepada MP Machinery (M) Sdn. Bhd milik rakan sekolahnya, ’Mr Ting’; namun syarikat tersebut tidak membekalkan barang seperti dalam LPO, sebaliknya membayar antara 10 hingga 30 % daripada nilai harga barang kepada penerima.

Lebih menjengkelkan, Salleh masih berhutang sejumlah RM1.2 juta sehingga dengan Yeo Advertising, Chai Hoe dan Superstar Supplier kerana wangnya disalurkan kepada MP Machinery. Satu Lahad Datu tahu Salleh suka berhutang tetapi liat untuk membayar hutang.

Salleh juga mempunyai kepentingan di Hotel Silam Dynasty (nama asal Hotel Mido) dan bersusah payah mengundang TYT, Tun Juhar Mahiruddin merasmikan hotel berkenaan baru-baru ini.

Manakala Datuk Datu Nasrun Datu Mansur pula adalah Wakil Rakyat yang terkenal dengan penipuan tanah dan putar belit dan berimej kotor disebabkan mempunyai skandal dengan isteri orang dan terlibat dengan kes rogol yang kononnya ditarik balik setelah mangsa bersetuju menerima pampasan.

Sepertimana sikap Salleh Kalbi suka menggunakan PATI iaitu Nasri Subairah; Nasrun juga melantik PATI dari Filipina yang menggunakan MyKad projek, Sharif Saidi Sharif Alawi sebagai Ketua Penerangan UMNO Silam dan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.

Manakala Datuk Ustaz Suhaili Said pula menjual nama tuhan dan berselindung di sebalik jubah agama untuk memperdaya penduduk Tungku terutama penduduk Lok Buani dan Tanjung Labian.

Ustaz ’Murtad’ ini telah menulis di atas surah Yassin janjinya untuk membaiki jalan dan Masjid Lok Buani, tetapi sehingga ke hari ini, tidak ada satupun janjinya dilunaskan.

Di sebaliknya pula, Datuk Nilwan Kabang yang dipertikaikan kad pengenalannya bukanlah CBM kerana gagal memajukan kawasan Kunak, terutama masalah air dan jalan raya dan semakin uzur kerana masalah kesihatan.

Sehubungan itu, adalah wajar bagi Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah menggugurkan semua Wakil Rakyat yang ada dan mencari calon CBM di kalangan ahli UMNO Silam yang mempunyai rekod yang baik, mempunyai kredibiliti, berwawasan dan paling penting, bukan calon import dari Semporna!

Entah apa sialnya, Ahli Parlimen Silam sejak ’Merdeka’ semuanya ’orang luar’ dan tidak seorangpun dilahirkan di Lahad Datu. Semoga perkara ini tidak berulang lagi di era Bapa Transformasi memacu Malaysia ke arah Negara Maju 2020.

Salam Hormat,

AHLI SETIA UMNO

No comments:

Post a Comment