Monday 28 November 2011

BAJAU KUDAT DI SANDAKAN SEMAKIN AKTIF


SUMBANGAN....Terima Kasih Liew menerima sumbangan hamper berupa kuih jala tradisi Bajau daripada AJK persatuan tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri meragkap Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong mengalu-alukan Penubuhan Persatuan Seni dan Tradisi Bajau (Kudat) Sandakan.

Katanya, usaha menubuhkan persatuan tersebut satu langkah yang bijak kerana mengetengahkan suku-suku kaum yang ada di bumi Sabah ini terutama sekali bangsa Bajau.

Setiap kaum mempunyai adat resam dan budaya masing-masing yang harus ditonjolkan kepada masyarakat lain, khususnya dari segi tarian, makanan untuk tarikan masyarakat luar yang sering berkunjung ke tanah air kita.

V.K Liew berkata demikian semasa menerima kunjungan daripada ahli-ahli Persatuan Seni dan Tradisi Bajau (Kudat) Sandakan di pejabatnya di Sandakan, kelmarin.

Rombongan seramai 30 orang ahli persatuan tersebut yang menemui Ahli Parlimen itu yang diketuai oleh Pengerusinya, Puan Murnah Tarau antara lain membincangkan mengenai fungsi-fungsi dan peranan serta objektif menubuhkan persatuan tersebut.

ALBUM...Sesi bergambar ramai-ramai Ahli-Ahli Persatuan Seni dan Tradisi Bajau (Kudat) Kelihatan Liew dan Murna memegang Sijil Pendaftaran persatuan tersebut.

“Saya amat menyokong usaha murni ini, khususnya menubuhkan persatuan Bajau Kudat yang kurang dikenali dari segi adat resam dan budaya suku kaum ini di mata masyarakat umum,” ujarnya.

Dalam perbincangan yang hampir satu setengah jam itu, Murnah mengajukan kertas kerja mengenai aktiviti-aktiviti persatuannya kepada VK Liew kerana pada 29 Disember ini mereka akan menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai dan pesta tari menari dari suku kaum Bajau Kudat yang akan di langsungkan di Kampung Sim-Sim Tengah, Sandakan, sehari suntuk.

Sebagai penyokong usaha mereka untuk mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, Liew telah memberikan sedikit peruntukan untuk menjayakan program seperti yang telah dirancangkan itu.

No comments:

Post a Comment