Wednesday 30 November 2011

LELAKI AVATAR DI UPKR SABAH?



Oleh : JAMES KAMIRON

BENARKAH Jabatan Ketua Menteri (JKM) terus melindungi seorang penipu, Lasri bin Serpe, yang hanya berjawatan sebagai Pembantu Am Rendah (PAR) di Jabatan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) kerana segala pembohongan dan penipuan menggunakan nama JKM dan Unit UPKR kebal dari sebarang tindakan kerana turut menjual nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman?

Lasri menjadikan statusnya sebagai kakitangan di Jabatan Ketua Menteri sebagai modal untuk mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan dan menipu sebanyak mana yang boleh untuk mendapatkan keuntungan dan manfaat dirinya, sekalipun jawatan hakikinya hanya PAR sahaja.

Dengan imej seorang yang suka menolong, prihatin melengkapkan pakej beliau sebagai seorang kakitangan di Pejabat Jabatan Ketua Menteri, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, Menara Tun Mustapha Tingkat 7, Lasri sering berselindung di sebalik nama JKM untuk memudahkannya terus mendekati mangsa.

Telah banyak rumahtangga dihancurkan oleh insan ini sehingga bercerai-berai disebabkan penipuan lelaki bertuah di JKM ini. Banyak Ringgit Malaysia dibelanjakan untuk membayar ‘air liur’ beliau yang menjanjikan perumahan dan kontrak projek yang dikaitkan dengan Datin Salwa Titingan di Pejabat Kewangan Negeri.

Bahkan beliau juga dikatakan mampu dan berkebolehan membantu mendapatkan rumah yang dibina oleh kerajaan dengan mudah. Modus operandinya, beliau akan mendekati mana-mana individu yang mencari rumah yang dibina oleh kerajaan dan menawarkan perkhidmatannya.

Beliau akan menawarkan bantuan menguruskan permohonan rumah dan meminta yuran pengurusan. Individu ini juga kemudiannya akan memberitahu bahawa rumah yang dipohon telah berjaya diperolehi dan deposit diperlukan untuk rumah tersebut.

Pemohon akan membuat pembayaran secara wang tunai mahupun melalui memasukkan ke dalam akaun beliau antara RM750 sehingga RM3,000 untuk deposit rumah dan yuran pengurusan yang dikenakan beliau.

Apabila pembayaran itu dilakukan, Lasri kemudiannya akan memberitahu bahawa pemohon tidak lama lagi akan pindah ke rumah baru kerana hanya menunggu penyambungan air dan elektrik.

Namun seorang antara mangsa Lasri yang telah melakukan pembayaran pada Mac 2010 sehingga kini masih belum menduduki rumah yang dikatakan boleh pindah oleh Lasri.

Pemohon masih gagal mendapatkan rumah yang dikatakan dan meskipun beliau dihubungi banyak kali dan didatangi ke pejabatnya di Tingkat 7 Menara Tun Mustapha, malangnya Lasri bijak menghilangkan diri.

Bagi pasangan suami isteri, Arshad dan Zainab, yang selama ini menyewa rumah begitu teruja apabila diberitahu oleh Lasri bahawa mereka layak mendapatkan rumah di Puri Warisan dan beliau boleh membantu. Seperti kebiasaan modus operandi beliau meminta bayaran pengurusan dan deposit untuk rumah tersebut.

Ghairah kerana bakal mempunyai rumah sendiri pasangan ini juga tidak ringan tangan menghulur apa saja yang diminta oleh Lasri asalkan segala pengurusan dapat dilakukan dengan baik.

Pasangan itu kemudiannya diberitahu mereka boleh berpindah ke rumah baru di hujung minggu. Malangnya, setelah mengemas barang dan meminta perkhidmatan lori angkat barang, sambil menunggu kedatangan Lasri itu membawa mereka ke kawasan perumahan yang dijanjikan.

Namun Lasri tidak mengangkat telefon dan tidak membalas pesanan ringkas, bahkan mereka terpaksa memunggah semula dan menyusun barangan yang telah dimuatkan ke dalam lori ke dalam rumah lama. Disebabkan kejadian tersbut, pasangan Arshad dan Zainab bercerai.

Seorang kontraktor pula telah didekati oleh Lasri dan diberitahu beliau mempunyai beberapa projek kerajaan negeri yang telah diluluskan dan bila-bila masa boleh dilaksanakan.

Lasri turut meminta habuan untuk pengurusan projek itu dan juga habuan untuk Datin Salwa, orang kuat di pejabat JKM yang mengurus selia projek-projek kerajaan. Namun seperti yang dijangkakan, beliau akan ‘melarikan dirinya’ setelah mendapatkan wang dengan pelbagai alasan diberi.

Laporan-laporan polis terhadap Lasri nampaknya tidak berkesan langsung, kononnya kerana beliau dilindungi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Sehingga ke hari ini, beliau masih terus berada di Tingkat 7, Menara Tun Mustapha dan mempunyai lebih banyak peluang untuk menipu ramai orang kerana JKM enggan mengambil tindakan dan membiarkan rakyat Sabah ditipu oleh lelaki ini.

No comments:

Post a Comment