Sunday 27 November 2011

PROTES AMAN NGO PADA 29 NOVEMBER DI DONGGONGON


KUMPULAN Aktivis dan Pejuang Hak Asasi Anak Asal Sabah menjemput pertubuhan dan NGO supaya turut menyokong satu perhimpunan protes secara aman untuk membantah beberapa perkara penting yang memberi kesan negatif secara langsung kepada rakyat jelata Malaysia khususnya di Sabah :-

-Rang Undang-Undang Atau Akta Pindaan Perhimpunan Aman;

-Keengganan Kerajaan Persekutuan Untuk Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk Menyiasat Pemberian IC Palsu dan Kewujudan Pengundi Hantu Di Sabah;

-Isu Rampasan Tanah NCR Penduduk Asal Sabah Oleh Syarikat-Syarikat Yang Menjadi Kroni Pemimpin Tertentu; dan

-Isu-Isu Ketidakadilan Lain Yang Semakin Menular Di Sabah dan Menyusahkan Rakyat Tempatan.

Perhimpunan diadakan seperti berikut:

TARIKH : 29/11/2011 (Selasa)

TEMPAT : Tugu Datuk Peter J. Mojuntin, Donggongon (sebelah Megalong Shopping Complex)

MASA : 11.30 pagi

Datanglah Berikan Sokongan Anda Kepada Protes Secara Aman Terhadap Akta Pindaan Perhimpunan Aman & Isu Pti Dan Tanah NCR Kita.

Sehingga kini 12 pertubuhan telah menyatakan sokongan kepada perhimpunan ini iaitu;

MCLM

SABM

SAPP

PACOS

Gindol Initiative for Civil Society Borneo

Rangkaian Mangsa-Mangsa Rampas Tanah

AWAS

CIGMA

United Borneo Front (UBF)

Borneo Heritage Foundation (BHF)

Pergerakan Sabah Pogun Tokou

MoCS Sabah

KamI menyeru agar Rakyat Sabah yang cintakan keamanan , datang beramai-ramai ke protes secara aman ini untuk membantah akta dan dasar-dasar yang zalim kepada rakyat jelata Malaysia khususnya di Sabah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Daniel John Jambun 012-8340972,

Michael Liew 010-9498236 atau

Kanul Gindol 016-8460018

No comments:

Post a Comment