Tuesday, 22 November 2011

NAJIB WARISI UMNO YANG ROSAK?



Oleh : SYED AKBAR ALI

THE FOLLOWING is a ‘SLAM DUNK’ interview with Tun Dr Mahathir Mohamad in last two day's Mingguan Malaysia (20 November, 2011). The subject is UMNO. Again Tun Dr Mahathir ‘cakap tidak berlapik’ - straight to the point. You can read the whole interview here.

First, here are three main points he mentioned that jumped right out of the page :

1. **Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas.

2. **Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya.

3. ** Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru

Saya setuju 100% dengan Tun. Pemimpin UMNO sekarang mungkin tak akan faham maksud 'slam dunk' pun. ’Slam’ dalam ertikata sukan maksudnya satu pukulan hebat. ’Dunk’ itu bermaksud merendam sesuatu dalam air-contohnya merendam roti dalam kopi.

Jadi 'slam dunk' maksudnya pukulan hebat yang boleh merendam roti dalam kopi - OK? Semua jenis kopi boleh - kopi jantan, kopi tongkat ali, kopi starbucks, kopi latte, kopi kapu-cino, kopi kampung - semua jenis kopi. Semuanya boleh ’slam dunk’. Ini untuk pengetahuan pemimpin UMNO yang masih kurang berkaliber saja ok?

Anyway this is the rest of Dr Mahathir's interview with Mingguan Malaysia.

Dr. Mahathir menyatakan sehingga kini UMNO masih belum lagi giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat terutamanya orang Melayu. Ujarnya, BN tidak boleh menang hanya dengan undi Cina sahaja.

“Ia hanya undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh cukup banyak, jika tidak kita tidak boleh menang,” katanya.

My comments : The Chinese are not going to vote for the BN. Percayalah. Orang Melayu pun ramai tidak akan mengundi UMNO. Percayalah. The first step - the Prime Minister must change his Cabinet.

Drop the dinosaurs immediately. Not many - last count about 19 of them only. Easy to spot them - they are multi millionaires (dikaitkan dengan rasuah). Then drop the Menteri dunggu (tidak banyak yang berkaliber). Last count about 19 of them only. Easy to spot them : they are multi millionaires. Sacrifice these 19 and you secure the Election.

MM : Bagaimana Tun melihat keadaan UMNO hari ini?

DR. M: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat.

MM : Apakah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan dahulu?

DR. M: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah meninggalkan parti.

MM : Apakah ini punca kebanyakan mereka beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana permintaan mereka untuk kembali dalam UMNO ditolak?

DR. M: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka kesannya besar.

MY comments : Paling ramai orang masih kurang jelas apa perjuangan UMNO sekarang. Orang Melayu pun tak jelas. GLC mungkin lebih jelas, sebab itu GLC makin keliru, makin rugi.

MM : Tidakkah dengan wujudnya NGO ini akan memecahbelahkan penyokong UMNO?

DR. M: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang.

My comments : Tun, UMNO sekarang tidak ada pilihan melainkan untuk memusuhi ramai orang, termasuk Blogger seperti saya. Baru ini PM rasmikan '1Malaysia Social Media Convention' - program kononnya untuk mendekati para Bloggers. Tapi Blogger yang kami kenal seorang pun tidak dijemput hadir. Blogger yang dijemput pula tidak dikenali siapa pun.

Habis macam mana Kerajaan hendak mendekati para Bloggers jika Bloggers pro-Kerajaan dan Bloggers pro-UMNO tidak dijemput pun untuk hadir. Saya percaya program ini diaturkan oleh Menteri Penerangan.

Begitu juga untuk Perhimpunan Agung UMNO bermula 29 November ini, ramai Blogger tidak dijemput hadir pun. Lepas tu pemimpin dungu UMNO boleh bersuara macam keldai bahawa 'Bloggers not co-operative'.

Dunggu bin Lembu ini, kalau suruh dia jaga lembu dalam kondo pun dia tak faham. Dia nak tuduh kita pula 'not co-operative' - kami yang sudah berjuang mempertahankan UMNO dan Kerajaan dalam Alam Maya sejak 1998 lagi. Dia sanggup berkata kami ini 'not co-operative'.

Anyway, balik kepada isu tadi - sebabnya pemimpin UMNO sekarang musuhi banyak orang termasuk Blogger, paling mudah difahami. Sebab pemimpin UMNO terlalu dungu, maka setiap hari terlalu ramai orang tiada pilihan melainkan terpaksa menyuluhkan dan mengkritik kesilapan mereka yang tidak henti-henti, tidak putus-putus dan makin meningkat dalam kedunguannya.

Masyarakat boleh sampai ternganga mulut, terbeliaq mata melihat gelagat pemimpin UMNO sekarang, mungkin sedikit macam orang dalam gambar ini juga :

Hampir setiap kali Menteri UMNO buka mulut, yang keluar itu hujah atau komen yang tidak masuk akal, yang dungu. Seperti mana Tun sendiri telah berkata : "tidak banyak yang berkaliber".

Yang merumitkan keadan lagi, Menteri dan pemimpin UMNO ini tidak boleh faham kedunguannya - kalau nak pinjam ungkapan mudah - bodoh sombong. Kalau nak pinjam ungkapan Prof Syed Hussein Alatas mereka ’JADONG’ - jahat, bodoh dan sombong.

Oleh kerana keadaan mereka yang teruk begini, mereka terpaksa mengambil pendekatan untuk memusuhi orang sebagai satu 'defensive mechanism' untuk menutup kedunguan.

Jadi Perkasa, Blogger (seperti saya) dan pengikut Tun sendiri semuanya dianggap 'musuh'. Kami bukan musuh. Musuh sebenarnya adalah pemimpin UMNO yang tidak berkaliber yang memusuhi orang untuk menutup kelemahan diri mereka. Itulah musuh yang sebenarnya.

Tun, dalam satu perbualan dulu bersama beberapa kawan, saya telah cadangkan supaya semua Ketua Bahagian UMNO ditahan dibawah ISA saja. Atas alasan apa? Sebab ISA juga berperanan menjaga keselamatan negara, menjaga perjalanan licin ekonomi negara dan menjaga ketenteraman awam.

Semua perkara ini sekarang sudah terjejas atau terancam (sepertimana nyata dalam wawancara Mingguan Malaysia dengan Tun ini) kerana Ketua-Ketua Bahagian UMNO tidak tahu menjalankan tanggung jawab mereka. Maka keselamatan negara kita terancam. Oleh itu saya cadangkan ISA boleh digunakan untuk 'membetulkan' keadaan ini.

Tetapi malangnya ISA pun telah dimansuhkan. Maka cadangan saya ini, walaupun ‘out side the box’, tetapi terpaksa tertulis atas air sahaja. Tidak boleh dipraktikan lagi. Selamatlah Ketua-Ketua Bahagian UMNO.

MM : Kita lihat perkiraan NGO mudah iaitu dari segi Melayu, tapi kalau dari segi UMNO sebagai kerajaan pula terpaksa mengimbangi antara Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana seharusnya NGO ini berperanan?

DR. M: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Jika orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat.

”Kita benarkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi keperluan pendidikan bukan Melayu kerana kita tahu mereka tidak dapat banyak tempat di universiti kerajaan. Tapi sekarang ini kita tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi.

MM : Tun nampaknya melihat UMNO tidak ada usaha yang giat untuk menarik sokongan orang Melayu. Berdasarkan pengalaman Tun apa nasihat Tun untuk memperbaiki keadaan ini?

DR. M: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman.

Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas.

Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya.

Oleh itu UMNO perlu kikis perkara ini, jika rasuah itu sudah berlaku sekurang-kurangnya orang yang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi calon.

My comments : The first step - the Prime Minister must change his Cabinet. Drop the dinosaurs immediately. Not many - last count about 19 of them only. Easy to spot them - they are multi millionaires (‘dikaitkan dengan rasuah’). Then drop the Menteri dungu (‘tidak banyak yang berkaliber’). Last count about 19 of them only. Easy to spot them : they are multi millionaires. Sacrifice these 19 and you secure the Election.

MM : Masihkah ada masa untuk memperbetulkan keadaan UMNO sebelum menghadapi pilihan raya?

DR. M: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya.

Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. Tapi beliau tidak mempunyai masa yang cukup.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

My comments : Drop the corrupted dinosaurs. The Prime Minister does not seem to understand the severity of the situation if he goes into GE13 with these dinosaurs in his team. Winnable or not winnable, the people do not want to see these dinosaurs anymore - not just in Cabinet, not just in Parliament, not just in the party's higher echelons but the people do not want to see these dinosaurs - many of whom are inexplicable or unexplainable millionaires - in the public sphere at all, as Chairman of this, or Governor of that etc. Lets just be rid of them completely.

MM : Tun melihat soal tidak berlaku perubahan ini di peringkat bahagian atau semua peringkat?

DR. M: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat.

MM : Maknanya dari tahun 2008 hingga sekarang tidak ada perubahan?

DR. M: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu.

MM : Adakah kerana semangat Melayu semakin berkurang atau kerana kurang kemampuan?

DR. M: Kita kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Akhirnya UMNO tidak akan memerintah dan kita semua tidak dapat apa-apa pun.

MM : Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini mungkinkah boleh dijadikan platform terbaik untuk memperbetulkan semua masalah ini menjelang pilihan raya umum akan datang?

DR. M: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja.

My comments : At this UMNO Assembly beginning on the 29th Nov, if they dont fall asleep, they will be joking, apple polishing and butt kissing each other. Nothing substantive will be discussed. This is exactly what Tun Dr Mahathir means when he says "Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai.."

And I really hope the President will not make another one of his 'pemidato terbaik daripada Sekolah Agama Kg. Janda Tak Baik' type of speeches. It is so unbecoming of the PM.

When the PM speaks in English, he sounds so erudite, so polished and civil. The PM once even explained most cleverly the difference between 'disagreeing' and being 'disagreeable'. But unfortunately when he addresses the UMNO crowd in Malay, he resorts to the 'chest thumping', 'saliva shower' type of speech. Pasai apa tukar nada macam tu Dato Seri? Audience UMNO dunggu sangat kut ?.

MM : Bagaimana Tun melihat generasi baru dalam UMNO?

DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.

My comments : Its gone with the wind.

1 comment:

  1. Tulis mcm tu, tunjuk gambar mcm tu, mcm mana kau nak dijemput ke Boggers Do?

    Kau blogger Pembangkang nampaknya.

    Tak payah sebut nak diajak lah kalau nulis mcm tu.

    Komen aku ni tak tau kau keluarkan ke tidak.

    ReplyDelete