Friday, 25 November 2011

PAS SIMPATI TRAGEDI MALANG DI TG. ARU BARU



Oleh : LAHIRUL LATIGU

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mengucapkan takziah kepada semua mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu. Kebakaran yang berlaku pada pagi hari Khamis baru-baru ini amat mengejutkan kita semua. Seramai 1000 penghuni terpaksa hidup sehelai sepinggang selepas ini apabila sekurang-kurangnya 55 buah unit rumah mereka terbakar dalam kejadian.

DPPNS dimaklumkan bahawa siasatan awal yang dijalankan adalah berpunca daripada litar pintas salah sebuah rumah di kampung tersebut. Bagaimanapun, kebakaran yang bermula pada pukul 2.15 petang itu berjaya dikawal pada pukul 5.15 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba negeri yang menerima panggilan kecemasan, bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan lima buah jentera dari Balai Bomba Sembulan, Lintas dan Penampang.

DPPNS mengucapkan tahniah dan terima kasih atas bantuan pihak Bomba yang berjaya mengawal kebakaran dari terus merebak walaupun pada awalnya angin bertiup agak kencang dan bekalan air yang sistematik sukar didapati dikawasan itu.

Selain itu, DPPNS juga akan berusaha untuk membantu penduduk – penduduk berkenaan bagi meringan beban yang mereka tanggung pada hari ini. Kita juga akan meminta Pemuda PAS Kawasan Putatan yang berada di Kawasan tersebut untuk turun membantu para penduduk dan mengenal pasti keperluan dan bantuan yang boleh dihulurkan.

No comments:

Post a Comment