Saudara Pengarang,
SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengarah SPRM Sabah yang masih membisu berhubung penyambungan penyewaan premis MARA di Wisma Merdeka kepada Restoran Sri Malindo; seolah-olah turut bersubahat menghalalkan rasuah yang dilakukan Pengarah Mara Sabah.
Sebelum ini Pengarah Hal Ehwal Korporat Mara, Hasni Binti Suleiman telah menjelaskan Dasar ‘Exit Policy’ MARA yang sebenarnya adalah pemangkin kepada amalan rasuah di MARA terutama menyokong keputusan MARA Sabah menyambung kontrak penyewaan Lot 237, 238, 239 dan 240 milik MARA di Wisma Merdeka kepada Restoran Mekar dan Restoran Seri Malindo sejak lebih 10 tahun lalu, telah tamat pada penghujung Oktober lalu.
Memandangkan Restoran Sri Malindo mempunyai premis niaga mereka sendiri di Api-Api Centre, maka sewajarnya memberi peluang kepada peniaga baru untuk memulakan perniagaan mereka di premis milik MARA kerana Restoran Sri Malindo dan Restoran Mekar telah menyekat peluang para peniaga bumiputera sejak 10 tahun lalu.
Saya dimaklumkan bahawa MARA memiliki 18 lot kedai di Wisma Merdeka yang dibeli pada 2002 dalam usaha penyediaan ruang perniagaan yang lebih murah kepada kepada usahawan berkelayakan selaras dengan hasrat dan agenda pembangunan usahawan.
Dasar penyewaan (exit Policy) yang digunapakai MARA ditetapkan bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun (dasar 3 + 3 + 3 +1) tertakluk kepada perlanjutan tempoh diberikan bagi setiap tiga tahun kepada penyewa yang mempunyai rekod pembayaran yang baik, adalah dasar yang menggalakkan berlakunya rasuah.
Walaupun penyewa tidak mempunyai masalah membayar sewa bulanan, tetapi sambungan penyewaan melebihi 10 tahun adalah tidak wajar kerana menutup ruang kepada peniaga baru dan mewujudkan monopoli.
Sebaiknya, MARA menjual kesemua lot kedai secara tender kepada pembeli bumiputera yang berminat agar tidak timbul lagi isu penyewaan atau menjadikan Premis MARA sebagai ‘Fidlot’ untuk menternak lembu gemuk MARA!
Salam Hormat,
CITRA MASADI
No comments:
Post a Comment