Monday 28 November 2011

PENGARAH PELAJARAN MABUK SEBELUM MINUM?



Oleh : ABBAS AHMAD

MUNGKIN kerana bimbang dengan Skandal Makmal Komputer di Sabah sehingga Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin bagaikan ‘Guru’ yang tidak pernah belajar geografi kerana kelihatan ‘mabuk’ sebelum minum tuak dan menganggap SK Kabogan berada di Pedalaman Semporna.

Dalam berita yang disiarkan bernama bertajuk, ’Sabah Julung Kali Umum Keputusan UPSR Di Pedalaman Semporna’, Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin berkata Jabatan Pelajaran Sabah memilih Sekolah Kebangsaan (SK) Kabogan, Semporna sebagai lokasi pengumuman keputusan UPSR Sabah bagi memberi motivasi kepada sekolah yang terletak jauh dari ibu negeri untuk terus berusaha gigih.

"Dengan kita mengadakannya di SK Kabogan ini, yang keputusannya agak baik di Semporna ini, saya yakin ia akan menimbulkan kesedaran yang sukar untuk mereka lupakan. Selalunya anak-anak cemerlang yang kita panggil ialah dari kawasan Kota Kinabalu.

"Jadi, mengapa tidak sekali-sekala kita buat di luar Kota Kinabalu supaya pelajar cemerlang di kawasan luar bandar juga berpeluang untuk kita panggil menghadiri majlis seumpama ini," katanya kepada pemberita.

Jika Muhiddin menganggap Semporna berada di Pedalaman Semporna, maka beliau sekaligus memberi pengiktirafan bahawa kawasan Semporna adalah salah satu daerah termundur di Sabah, sedangkan berbilion ringgit telah dilaburkan di Semporna.

Ahli Parlimen Semporna yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sewajarnya malu kerana Pengarah Pelajaran Sabah menjatuhkan status daerah yang mempunyai empat Wakil Rakyat, dua daripadanya menteri penuh.

No comments:

Post a Comment