Saturday, 26 November 2011

PKR CABAR MUSA DEBAT KILANG GULA


SERAH...Taufick telah menyerahkan beberapa memorandum sebagai bukti mengenai kegagalan kerajaan membina Kilang Gula kepada SUHAKAM.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : TAUFICK HJ RUSCHI

RAKYAT Kuala Penyu telah kehilangan tanah seluas 7,000 ekar untuk projek penanaman tebu yang terbantut ekoran kegagalan Kerajaan Negeri Sabah yang didakwa gagal membina kilang gula yang menelan kos jutaan ringgit.

Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Beaufort, Taufick Hj Ruschi yang mendedahkan perkara ini sambil menyerahkan pelbagai bukti mengenai ketidak telusan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Pesuruhanjaya SUHAKAM, Jannei Lasimbang di Kota Kinabalu, kelmarin.

Katanya lagi sepatutnya kerajaan memberitahu rakyat mengenai punca-punca kegagalan untuk mendirikan kilang gula dan projek penanaman tersebut kerana perkara ini melibatkan wang rakyat.

Taufick berkata dengan menyerahkan beberapa memorandum dan bukti-bukti lain kepada SUHAKAM, ia merupakan satu-satunya platform yang sesuai untuk membawa perkara ini ke pengetahuan rakyat yang akan didedahkan oleh pihak SUHAKAM.

“Dengan ini saya mencabar Ketua Menteri Sabah untuk menyahut cabaran saya bagi mengadakan debat umum mengenai kegagalan projek tersebut agar fenomena ini tidak terselindung di sebalik tabir,” tegas Taufick.

No comments:

Post a Comment