Sunday 27 November 2011

SHARIZAT IKON LEMBU, RAHIM ISMAIL IKON KAMBU!


Oleh : NUR EHSAN MOHD ZAKI

PROGRAM Transformasi Usahawan Sektor Ternakan (TRUST) di Sabah yang melibatkan Mantan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (MPIMS), merangkap Pengerusi KPD, Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail, sinonim dengan Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Semenanjung Malaysia yang mencemarkan nama Datuk Sharizat Abdul Jalil, namun belum didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara.

Jika di Semenanjung Malaysia Sharizat kini diberi jolokan Ikon ’Lembu’ tetapi di Sabah, Rahim Ismail terkenal dengan ikon ’Kambu’ iaitu ’Kambing dan Lembu’ yang diberikan kepada penternak dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak.

Skim Pinjaman TRUST (Transformasi Usahawan Ternakan) diwujudkan sejak tahun 2005 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani bertujuan untuk mentransformasikan penternak tradisional ke tahap semi-komersil dan seterusnya menjadi usahawan berskala besar.

Program TRUST di bawah kelolaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan kerjasama Bank Pertanian Malaysia (BPM) melalui Tabung Fund For Food (3F) untuk membolehkan para penternak lembu (terutama Penternak Lembu secara Integrasi) membesarkan projek ke tahap komersil.

Menurut dasar awal yang ditetapkan, pengusaha boleh membesarkan saiz pemeliharaan ternakan lembu sedia ada kepada sekurang-kurangnya 100 ekor, contohnya daripada 55 ekor induk ditambah 45 ekor menjadi 100 ekor.

Bagaimanapun Pinjaman Dana 3F tertakluk sepenuhnya kepada syarat dana oleh BPM dengan pinjaman maksima RM5 juta dan peserta skim ini dipilih di kalangan pengusaha yang telah mencapai tahap komersil, mempunyai kawasan yang mencukupi, kemampuan pasaran, ada kemudahan asas, usaha sepenuh masa dan mempunyai badan pengurusan terlatih.

Tumpuan utama Skim TRUST adalah untuk mentransformasi penternak yang berpotensi kepada penternak komersil yang mapan dengan kerjasama JPH dan BPM kerana TRUST dibiayai melalui peruntukan JPH (Program Sosio-Ekonomi) SKPM dan Dana 3F (BPM).

Tujuan pelancaran TRUST ialah menyediakan skim pinjaman ternakan tanpa faedah untuk mengubah golongan penternak berpotensi ke tahap komersil memberi keyakinan pengusha untuk melabur dalam bidang ternakan yang mensasarkan melahirkan seramai 545 penternak lembu pedaging (tumpuan sistem integrasi) secara komersil.

Melalui Program TRUST, para pengusaha akan mempunyai jumlah ternakan maksima 100 ekor lembu induk dan 5 penjantan; atau 50 ekor kambing dan dua penjantan yang dibiayai melalui Peruntukan Pembangunan Persekutuan (Unit Pedaging JPH).

Perolehan ternakan oleh Kerajaan Persekutuan dihantar ke negeri untuk pengagehan kepada penternak dan menungut bayaran balik dalam bentuk tunai atau ternakan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak.

Kriteria pemilihan penternak terdiri daripada para pengusaha yang masih bertenaga; mempunyai kawasan sah dan mencukupi; mempunyai minat mendalam; keupayaan menyediakan makanan dan ada kemudahan asas untuk mengusahakan projek ternakan komersil.

Selain daripada dana 3F, penternak juga boleh memohon Dana Skim Kredit Pengeluaran Makanan (SKPM) dari Bank Pertanian Malaysia (BPM) dengan syarat telah atau berpotensi mengusahakan ternakan lembu; mempunyai kawasan yang mencukupi; had pinjaman tertakluk kepada nilai 100 bibit (anggaran RM250,000) bagi setiap unit bisnes dan tertakluk kepada syarat Skim SKPM oleh BPM.

Mengikut program, pemantauan projek akan dibuat secara rapi oleh Jabatan Perkhidmat Haiwan Daerah yang mengadakan lawatan berjadual dan memberikan perkhidmatan teknikal, laporan kemajuan bulanan pembiayaan dan bayaran balik pinjaman.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net untuk menyerahkan senarai penerima projek di bawah Skim TRUST mendakwa skim berkenaan telah diselewengkan kerana penerimanya terdiri daripada Pegawai Kerajaan dan Kroni Menteri atau peniaga yang mampu menyediakan ‘pengkeras’ sebelum lembu atau kambing yang diserahkan kepada mereka di ‘Write Off’.

Mengikut siasatan Sabahkini.net di Lahad Datu, Lembu pedaging dan ‘Kambing Boar’ untuk program ini diimport daripada Australia dengan kos RM6,000 seekor (harga kambing tidak dapat dikenal pasti) dan kerajaan memberi subsidi RM3,000 bagi setiap ekor lembu yang diserahkan kepada penternak.

Lembu berkenaan tiba di Pelabuhan ‘Rotterdam Of The East’ di POIC Lahad Datu dan diagehkan terus kepada penternak kerana Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak mempunyai padang ragut atau fidlot untuk menyimpan ternakan berkenaan.

Namun sehingga ke hari ini, tidak ada usahawan yang membayar balik harga lembu dan kambing berkenaan, malah Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak langsung memantau Skim TRUST yang telah berjalan sejak 2005.

“Daripada habuan mewah ini, tidak hairan jika ada Veterinar yang memandu Super Ninja King dan memiliki rumah mewah,” kata Citra yang menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan kerana maklumat sepenuhnya telah diberikan.

Ramai penerima Lembu dan Kambing TRUST, kata Citra, terdiri daripada pegawai Kerajaan yang masih bertugas ketika menerima ‘habuan’ berkenaan dan sebahagian besarnya adalah PATI yang mendapat IC Projek dan Peneroka FELDA yang memalsukan keterangan berhubung luas tanah.

Daripada maklumat yang diterima lebih 4,000 ekor lembu bernilai RM24 Juta dan 4,000 kambing berbaka baik (harga tidak diketahui) diserahkan kepada ‘Penternak’ di Lahad Datu.

Kebanyakan lembu dan kambing yang diserahkan kepada penternak terpilih tersebut telah dijual atau disembelih, tetapi jumlahnya belum dapat dikenalpasti; namun tidak ada yang membayar balik kos lembu berkenaan.

Kata Citra lagi, daerah lain juga menerima skim berkenaan tetapi jumlahnya tidak dapat dikenalpasti kerana dipercayai SPRM telah merampas semua fail daripada pejabat Jabatan Haiwan Lahad Datu dan Ibu Pejabat serta Kementerian di Kota Kinabalu.

“Kita kesal kerana program yang begitu baik ini mengalami kegagalan kerana pegawai kerajaan dan menteri tidak amanah. Kebocoran ini bukannya sedikit dan sewajarnya program ini dihentikan segera. Jabatan Audit Negara wajib menjaga akauntabiliti kerajaan dalam soal ini, sebagaimana siasatan mereka terhadap Pusat Fidlot Nasional (PFN),” kata Citra yang mendesak agar siasatan SPRM ditumpukan kepada Rahim Ismail yang menyalahguna kedudukannya dan melakukan pecah amanah.

Mengikut semakan rambang yang dilakukan Sabahkini.net di Lahad Datu dengan bantuan Citra, berikut adalah sebahagian penerima lembu dan kambing secara ‘PERCUMA’ untuk program TRUST kerana Menteri MPIMS, Abdul Rahim Ismail begitu prihatin terhadap penternak dan membazirkan dana awam untuk kepentingan politik beliau.

Skim TRUST Lembu;





Skim TRUST Kambing;





























No comments:

Post a Comment