Wednesday, 30 November 2011

PESTA BOLA SEPAK PIALA KURUP




Oleh : MEDIA PBRS

PASUKAN bola sepak di pedalaman adalah dialu-alukan untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah merebut Piala YB Tan Sri Joseph Kurup Siri Ke-4 , Ahli Parlimen Pensiangan yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pertandingan bolasepak ini adalah kesinambungan dari siri-siri pertandingan sebelum ini yang telah berjaya menonjolkan banyak bakat pemain bola sepak di kalangan belia di pedalaman.

Pengerusi Penganjur, Kahirin Bador berkata, pertandingan Piala Tan Sri Joseph Kurup diadakan pada Disember ini, bersempena dengan cuti persekolahan .

“Kita memilih bulan Disember kerana kita mahu memanfaatkan cuti persekolahan ini untuk mengisi masa lapang golongan belia kita, selain mencungkil bakat dan memupuk perpaduan,” kata Kahirin.

Kahirin yang juga Ketua Pemuda PBRS Sook berkata, pertandingan itu akan diadakan pada 3-4 Disember ini bertempat di Padang Penjara, Keningau. Borang penyertaan boleh diperolehi di Pejabat UPKR Sook (berhadapan dengan Bank CIMB) atau menghubungi beliau melalui HP : 013 8655004.

Menurut Kahirin, secara tradisinya, pertandingan itu adalah terbuka kepada mana-mana pasukan yang berminat di pedalaman. Pada siri ke -2 dan ke-3 , pasukan dari Nabawan telah mendominasikan kejuaraan selama dua tahun berturut-turut.

Namun katanya, penyertaan untuk pertandingan itu terhad kepada 50 pasukan sahaja. Hadiah utama pertandingan itu ialah wang tunai RM1,000; 3 set jersi; piala pusingan; piala iringan dan alat sukan yang bernilai RM5,000.

“Pasukan yang menyertai pertandingan ini akan mendapat peralatan sukan secara percuma,” kata Kahirin.

Katanya, berdasarkan kepada pengalaman sebelum ini, pertandingan sukan bola sepak boleh menjadi wadah untuk mempupuk silaturahim di kalangan belia dan berjaya menonjolkan kemampuan serta kebolehan.

“Kita juga memanggil wakil dari SAFA untuk menilai peserta semasa pertandingan ini dan inilah peluang untuk menunjukkan bakat ,” kata Kahirin.

No comments:

Post a Comment