Saturday 26 November 2011

PAS RAKAM TAHNIAH KEPADA GRADUAN UMS


Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini merakamkan sekalung tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan bergraduasi pada konvokesyen kali ke-13 universiti berkenaan.

Ketuanya Lahirul Latigu, mengalu-alukan para siswazah untuk terus menempa dan memposisikan diri dalam arus perdana setempat serta nasional.

“Pihak kami mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UMS yang akan bergraduasi pada konvokesyen tahun ini. Kehadiran siswazah adalah perlu dalam membangunkan pembangunan modal insan dan kemajuan dalam entiti sesebuah masyarakat,” katanya.

Menurutnya, ilmu dan pengalaman yang ada perlu dikongsi bersama masyarakat dalam memperkukuhkan jati diri dan kekuatan ilmu. Adalah tidak adil bagi mereka yang berilmu untuk tidak berkongsi dengan masyarakat yang sentiasa ternanti-nanti kelibat golongan berpendidikan.

“Masyarakat ternanti-nanti kelibat anda, maka ambillah peluang yang ada ini untuk berdamping dan membimbing mereka. Anda ibarat guru buat mereka,” ujarnya.

Konvokesyen ke-13 UMS membabitkan 4,481 penuntut dari pelbagai peringkat pendidikan dalam 64 program akademik.

No comments:

Post a Comment