Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
SETELAH nama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terpalit dengan Skandal Pencerobohan Tanah Masyarakat Tiong Hua di Sabah Baru, Lahad Datu; UMNO telah bertindak membersihkan nama Presidennya dengan menyediakan ’Fidlot’ di Kampung Nala, Tungku bagi menggantikan projek FELDA yang gagal di Sabah Baru.
Timbalan Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi ketika menjenamakan Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) di Kampung Nala sebagai ’Fidlot’ untuk menempatkan ’Lembu UMNO’ yang akan diambil daging dan susunya dalam bentuk ’Fixed Deposit’ iaitu undi.
”Kenapa FELDA enggan bertanggung jawab terhadap kerosakan yang mereka lakukan terhadap lot tanah masyarakat Tiong Hua di Kampung Sabah Baru dan menjual nama Timbalan Presiden UMNO yang ketika itu Menteri yang bertanggung jawab terhadap FELDA untuk menghalalkan tindakan kejam mereka?,” tanya Citra yang menghubungi Sabahkini.net selepas menonton Klip Video ’Felda Langsi, BN Rugi’ dan melalukan tinjauan rambang ke lokasi berkenaan.
Memang jelas dan terang, kata Citra, UMNO tidak memerlukan undi 7,000 masyarakat Tiong Hua di parlimen Silam kerana sudah mempunyai PATI yang mendapat kerakyatan songsang.
”Dalam hal ini, masyarakat Tiong Hua patut sedar sebelum terlambat kerana undi mereka hanya sia-sia jika terus menyokong UMNO memenangi tiga kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Silam,” ujar Citra yang kesal kerana FELDA bermain batu simban dengan masyarakat Tiong Hua.
Menurut siasatan beliau, Projek PPRT di Kampung Sabah Baru bernilai RM25 juta adalah Projek FELDA yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPPS), tetapi setelah 10 buah unit siap untuk dilancarkan, FELDA membatalkan projek berkenaan akibat bantahan Masyarakat Tiong Hua.
Sebagai sebuah organisasi bertaraf dunia, kata Citra, adalah amat memalukan bagi FELDA lari daripada tanggung jawab sosial mereka setelah menceroboh tanah Hak Milik Masyarakat Tiong Hua, entiti penting yang menjadi penentu kemenangan BN selama ini.
”Selepas projek berkenaan senyap begitu lama, projek berkenaan disambung semula oleh kontraktor asal, proksi Ketua Puteri UMNO Silam di tapak baru menyebabkan nasib 10 rakyat termiskin yang dikurung di Sabah Baru terumbang ambing, kekurangan serba serbi dan bakal menghadapi tindakan pengusiran; setelah pemilik lot tanah mendapat perintah pengusiran daripada mahkamah,” kata Citra yang kesal kerana BN melayan masyarakat Tiong Hua seperti ayam yang disembeli untuk mendapatkan telur emas.
Pembinaan 150 buah unit rumah PPMS di kawasan seluas 18 ekar di Kampung Nala, Tungku, kata Citra, melambangkan BN-UMNO benar-benar menjadikan para pengundi sebagai ’Lembu’ yang di bawa daripada setiap kampung, dikurung di rumah berkenaan tanpa jaminan masa hadapan; sekalipun dimomokkan dengan projek MESEJ yang tidak kesampaian.
”UMNO terlalu sombong kerana tidak memberi peluang kepada masyarakat Tiong Hua dan pengundi lain selain daripada ahli UMNO untuk mendapat rumah percuma berkenaan yang setaraf dengan rumah PPRT di Sabah Baru, tetapi dijenamakan semula sebagai PPMS,” kata Citra yang membidas tindakan ADUN Tungku yang mengabaikan tanggung jawab membantu masyarakat Tiong Hua mendapatkan pampasan daripada FELDA.
Sewajarnya, kata Citra, FELDA menjelaskan segera tuntutan Masyarakat Tiong Hua yang teraniaya oleh ’Sindrom Buli’ Wakil Rakyat UMNO di Silam; kerana FELDA masih mempunyai baki RM4 juta daripada peruntukan asal RM25 juta dan cukup untuk menjelaskan pampasan RM1 juta kepada masyarakat Tiong Hua.
No comments:
Post a Comment