Tuesday, 22 November 2011

KK DAN JKKK ABAIKAN KG KALATUAN



Saudara Pengarang,

BARU-BARU ini saya sempat melawat rumah kawan saya di Kampung Kalatuan Papar. Secara kebetulan ketika itu hujan dan tiba-tiba berlaku banjir besar. Saya terpaksa balik ke Kota Kinabalu. Seminggu kemudian saya pergi lagi ke tempat kawan saya itu. Masa itu banjir sudah surut dan masih nampak sedikit kesannya.

Saya lihat banjir berlaku kerana parit yang menuju ke sungai besar tidak dibersihkan/didalamkan. Saya tanya kepada kawan saya, kenapa begitu. Dia kata kampung ini tidak dipedulikan oleh Ketua Kampung dan JKKK.

Tambahnya lagi, pegawai Kerajaan pun langsung tidak melawat. Dia kata sudah jumpa pegawai saliran air papar, tapi pegawai itu kata, tiada peruntukan. Kampung tersebut seolah-olah tidak diambil perhatian.

Jambatan yang menyeberangi parit tersebut pun sudah runtuh. Saya ada simpan gambar untuk dijadikan bukti.

Salam Hormat,

KAWAN SETIA

No comments:

Post a Comment