Thursday, 15 March 2012

300,000 RAKYAT SABAH LARI KE SEMENANJUNG?


Oleh : CHANG SHAK HUNG

BELIA merupakan peneraju utama negara di masa akan datang. Tidak terkecuali belia Sabah yang bakal menjadi pemimpin pelapis untuk menggantikan tampuk pemerintahan kerajaan negeri Sabah setiap kali adanya pertukaran kepeminpinan di dalam negeri.

Namun apa yang amat mendukacitakan adalah bilangan belia tempatan yang berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari kerja, telah mengusarkan kita tentang aset yang begitu penting untuk masyarakat di negeri Sabah.

Pada pertengahan tahun 2011, Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Rakyat Sabah Semalaysia (PRSSM) melalui pengasasnya, Mohd Arshad Abd Mualap memberitahu bahawa kira-kira 300,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung Malaysia dan kebanyakannya merupakan belia.

Salah satu isu utama penghijrahan ini adalah berkenaan gaji di samping harga makanan yang murah di Semenanjung Malaysia. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan lagi dan penghijrahan ini tidak dapat dielakkan lagi memandangkan isu kenaikan harga barangan keperluan langsung tidak dapat dikawal lagi lebih-lebih lagi harga barangan di Semenanjung Malaysia dan Sabah adalah begitu ketara sekali.

Satu lagi, kegagalan kerajaan Barisan Nasional setelah isu penyelarasan harga di seluruh negara, tidak menampakkan apa-apa kesan penurunan harga sejak ia diumumkan kira-kira hampir 4 tahun yang lalu.

Inisiatif kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan memang tidak dapat dinafikan dalam mengurangkan masalah pengangguran, terutamanya golongan belia di negeri ini. Gaji yang rendah dan ditambah beban dengan harga barangan yang mahal, langsung tidak menampakkan keistimewaan dari segi keperluan yang dikecapi oleh golongan belia.

Kita telahpun diberikan fakta tentang peluang untuk memiliki rumah melalui Skim Rumah Pertamaku, yang telah mencatatkan kelulusan sifar dalam meluluskan pinjaman perumahan 100% kepada belia yang tidak melepasi umur 35 tahun serta pendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah.

Pelancaran telah dilakukan pada Mac 2011 dan belia telahpun diberikan satu ‘angan-angan kosong’ dalam mencapai impian untuk memiliki sebuah rumah sendiri.

Kita telahpun diajar untuk menyanyikan lagu 'Sabah Tanahair Ku' sejak di bangku sekolah lagi. Sehingga ke hari ini, lagu ini masih segar dalam ingatan dan dapat dinyanyikan dengan begitu baik sekali serta dihayati dengan penuh bersemangat.

“Maka itu, adalah tidak wajar sama sekali bahawa setiap kali adanya kritikan dan penambahbaikan yang diutarakan oleh golongan belia, terutamanya daripada pihak parti pembangkang seperti saya, telah dibidas sekeras-kerasnya oleh pemimpin Barisan Nasional di Sandakan khususnya ADUN dan MP, dengan memberi kesimpulan bahawa pihak parti pembangkang hanya pandai menabur fitnah dan tohmahan tanpa pandai berbuat apa-apa”.

Di dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, kebebasan untuk bersuara seharusnya dipraktikkan secara menyeluruh dan meluas dan pihak kerajaan Barisan Nasional, seharusnya menerima hakikat bahawa kesemua rintihan dan saranan daripada golongan belia, merupakan satu platform untuk memajukan rakyat dan negeri Sabah itu sendiri; di samping tidak terpinggir dari segi arus pembangunan ekonomi, sosial dan politik di negeri yang kita cintai.

Oleh yang demikian, kesemua pemimpin akan memainkan peranannya masing-masing dengan satu tujuan sahaja iaitu ingin melihat golongan belia terus mantap dalam meneruskan tampuk pemerintahan tanpa amalan rasuah serta telus dalam membantu rakyat terutamanya penduduk setempat.

29 comments:

  1. Memang tidak dinafikan gaji di Sabah begitu berbeza dengan di SM. Di Sabah, mereka yang bekerja di kilang tidak akan mendapat gaji dalam RM1000 sedangkan di SM, kerja di kilang sekalipun sudah boleh memperolehi gaji sebanyak itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Although the salary is higher there, but don't forget the cost of living is also high.

      Delete
    2. kos hidup di sabah juga tinggi disebabkan harga barangan yang jauh lebih mahal daripada di SM...penyelarasan harga yang seperti yang diumumkan tidak menguntungkan rakyat sabah disebabkan oleh polisi kabotaj...oleh itu, polisi ini harus dihapuskan..

      Delete
    3. Rasanya kos hidup di KL sama Sabah pun sama2 tinggi juga. So tak jauh beza jugalah ceritanya:P

      Delete
    4. mmg gaji bekerja di Semenanjung lbih tinggi, tapi kos hidup di sana jgu tinggi. bg sya, lebih baik tinggal di Sabah, harga makanan di Sabah begitu murah terutamanya ikan dan sayuran. jika beli di pasar KK, sekilo ikan boleh dpt RM3.

      Delete
    5. Kebanyakan mereka ke Semenanjung kerana peluang kerja lebih banyak dan ingin hidup berdikari.

      Delete
  2. Sabah have many job opportunities, only those who refuse to look will not be able to find any jobs. The Sabah government has held many job fairs over the years and each time. In the job fair last year, around 7000 jobs are offered but it was said the attendance is not too much. If those people could not find jobs, why don't they take the chance to attend the fair, what is there to lose???

    The opportunity is there, its up to them to grab it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I don't think there are enough job opportunities, the living cost is also not cheap.

      Delete
    2. yang menjadi ukuran adalah gaji yang ditawarkan...jika gaji sekitar 500-700 sebulan saja, tidak cukup untuk menampung belanja harian...berlainan di SM yang mana gaji yang ditawarkan adalah jauh lebih tinggi...rasanya kos hidup tidak banyak perbezaannya di antara sabah dan SM namun jurang pendapatan yang besar inilah yang menyebabkan ramai golongan belia berhijrah untuk mencuba nasib di SM..

      Delete
    3. There's definitely job opportunities around sabah, but problem is majority of the job seekers are choosy when it comes to finding a job.

      Delete
    4. Setuju dengan mike. Bukan itu saja ada kawan saya yang lain terpaksa kerja di SM kerana post mereka takda di Sabah. Jadi mahu pindah & berkhidmat di Sabah pun susah.

      Delete
    5. Gaji yang tidak memuaskan juga menyebabkan mereka lebih suka bekerja di Semenanjung kerana gaji yang di tawarkan lebih tinggi.

      Delete
  3. Kadang2 mereka ini terpengaruh dengan ajakan kawan2 atau saudara-mara yang mengatakan kerja di SM lebih lumyan daripada di Sabah. Kerajaan negeri dari dulu menyediakan banyak mencari pekerjaan dan ramai juga yang dapat kerja melalui job fair yang diadakan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Bila peluang diberi, diri sendiri saja lagi yang kena usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 pun ianya adalah pilihan individu itu sendiri..kerajaan hanya boleh membantu..yang buat keputusan adalah diri sendiri..

      Delete
    2. saya setuju.. sebelum ini ramai juga rakan2 saya dan orang kampung saya yang berhijrah ke semenanjung, namun tidak ada apa2 perubahan yang ketara dari segi ekonomi mereka.. hanya selepas mereka balik ke negeri ini dan berbekalkan pengalaman kerja di semenanjung, akhirnya mereka mampu mengubah taraf hidup mereka ketahap yang leih baik..

      saya yakin, belia2 yang masih bekerja di semenanjung itu juga akan balik ke Sabah seperti rakan2 mereka yang lain..

      Delete
    3. Saya yakin dorang pasti akan balik juga, cuma belum sampai masanya kot:P

      Delete
    4. Kadang2 bekerja di semenanjung pun tidak dapat simpan duit, sebab kos hidup di sana tinggi jg.

      Delete
  4. Sabah has not provided many job opportunities and the living cost is also not that affordable by everyone. Many more from the east will go to the west to find a living.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Despite not much job opportunities and the high living cost in sabah, i still think sabah is a better place to find a living. The living cost in the west is almost the same as sabah. Even if the salary is high there, after deduction from paying the rent,expenses..etc, the money you have left is very little.

      Delete
  5. Hope this matter will be solved soon by the leaders, this should not be ignored.

    ReplyDelete
  6. antara cara untuk menghalang penghijrahan beramai-ramai golongan muda ke SM ialah dengan membawa masuk pelabur2 luar untuk melabur di sabah..ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat sabah..selain itu, polisi gaji minimum harus dikuatkuasakan segera..dengan ini jurang pendapatan dapat dikurangkan..

    ReplyDelete
  7. betulkah faktor belia Sabah lari ke semenanjung atas faktor gaji dan harga makanan?? gaji memang tinggi di semenanjung, tetapi kos makanan lebih kurang sahaja malah kos hidup di sana lebih tinggi.. tol sana sini, sewa rumah jangan harap boleh dapat bawah rm500, tambang teksi mahal, mau balik kampung terpaksa kumpul rm1000..

    ReplyDelete
  8. jika 300 ribu belia sabah ini dapat mengambil alih kerja2 warga asing di negeri ini, pasti tidaklah terlalu berlambak warga asing di negeri ini..

    jika ada yang beranggapan bahawa warga asing semakin maju dari segi ekonomi di negeri ini, bermakna alasan bahawa gaji rendah di sabah sudah tidak releven.. cuma masalahnya, belia Sabah terlalu mengidamkan gaji permulaan rm1000 keatas walaupun tidak ada pengalaman dan kemahiran..

    ReplyDelete
  9. Saya bekerja dgn syarikat swasta di Sabah selama 3 tahun lebih da... Tapi gaji saya masih tak sampai 2K. So kesian bt thanx God im single so tak payah pening pasal makanan baby:P

    ReplyDelete
  10. Tapi bila tengok kawan2 lain yang gaji pun bawah 1.5K dan ada 3 anak... hhhmm, kagum jugalah sebab still boleh survive di Sabah even tinggal di rumah sewa.

    ReplyDelete
  11. Minimun wage perlu dilaksanakan dan diseragamkan di semua negeri termasuk Sabah. Tahap gaji yang sangat rendah di Sabah menyebabkan para belia berhijrah ke Semenanjung untuk pekerjaan yang lebih tinggi gaji berbanding Sabah.

    ReplyDelete
  12. PATI juga harus dibersihkan daripda Sabah. Disebabkan PATI yang semakin ramai di Sabah menjadi penyebab gaji lebih rendah.

    ReplyDelete
  13. kerajaan Sabah kena galakkan penduduk Sabah agar tidak berhijrah dan berikan sumbangan mereka terhdap pembangunan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  14. Mungkin mereka ini merasakan mereka mampu hidup di Semenanjung. Apa pun yang pasti di Negeri Sabah masih banyak peluang pekerjaan namun mereka kurang berminat dengan apa yang ada di Sabah ini.

    ReplyDelete