WAYANG.......Lima kontena yang membawa beras wangi Vietnam seludup ditahan di Pelabuhan Sabah, Sepanggar hanya wayang pihak Kastam untuk mengaburi mata pihak berkuasa lain untuk menyelamatkan puluhan kontena lain yang bernilai tinggi.
Saudara Pengarang.
KAMI mendesak Pegawai SPRM dan Polis Marin menjalankan operasi pengawasan di pelabuhan Sepanggar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Kudat termasuk Gudang Berlesen mengimport Rokok dan minuman keras.
Sebagai pembayar cukai dan juga pekerja di pelabuhan tersebut, Kami amat kecewa kerana setiap bulan berpuluh kontena minuman carlsberg dan tiger Singapura ditarik keluar dari pelabuhan Kota Kinabalu dengan bantuan Pegawai Kanan Kastam; tidak termasuk barang yang bercukai tinggi seperti Jubin, Alat Elektrik, Beras, Daging Beku dan Sayap Ayam tanpa permit dan sijil halal. Sindiket ini mengisytiharkan barangan yang tidak ada duti dari Singapura atau luar negara dan tarik keluar dari pelabuhan.
Di Sarawak seperti Miri, Sibu, Kuching dan Bintulu lagi hebat kerana Pegawai Atasan Kastam di ibu pejabat yang bersubahat dengan sindiket penyeludupan membawa masuk rokok, mercun, minuman keras dan sayap ayam tanpa permit ke Sarawak sejak bertahun lamanya.
Cuba anda ke Miri dan Sibu. RM10 anda boleh dapat 3 tin bir dan RM2 sebungkus rokok. Di Limbang pun ada Lesen Duty Free Shop seperti Langkawi. Kami rasa ramai rakyat Malaysia pun tidak tahu Limbang pun ada kedai bebas cukai seperti Labuan. Siapa yang beri lesen tersebut? Bukankah Kastam Ibu Pejabat yang sokong atas restu Ketua Pengarah Kastam yang berasal dari Sarawak.
Untuk makluman pegawai Polis Marin dan SPRM, barang yang diimport untuk 'Transhipment' ke Indonesia atau Filipina hanya mainan Pegawai Atasan Kastam untuk membodohkan pihak berkuasa yang lain.
Setiap bulan, berpuluh kontena carlsberg dan tiger bir dari Singapura ditarik keluar dari pelabuhan Kota Kinabalu, tidak termasuk Beras dan Sayap Ayam tanpa permit.
Di Sarawak, bukan lagi puluhan biji kontena, tetapi ratusan biji sebulan. Kami berharap Pasukan APPM dan SPRM Sarawak juga menjalankan operasi pengawasan di pelabuhan Bintulu, Sibu dan Miri.
Kami berharap pegawai APPM, Pasukan Marin Polis dan Pegawai SPRM dapat membanteras kegiatan penyeludupan kontena masuk melalui pintu besar di semua pelabuhan Sabah dan Sarawak kerana KDRM boleh dikatakan 'Harapkan Pagar, pagar makan padi.
Kami difahamkan sebiji kontena yang ditarik keluar dari pelabuhan Kota Kinabalu, Sandakan dan Kudat dikehendaki bayar pada Kastam Raja DiMalaysia sebanyak RM18.000 hingga RM22,000 untuk minuman bir seperti carlsberg dan tiger. Rokok dan barangan bercukai tinggi lain dikenakan caj berasingan bagi setiap kontena.
Di Sabah hanya 5 hingga 7 sindiket yang boleh tarik kontena keluar dari pelabuhan dan 'Bonded Warehouse'. Sindiket yang boleh menjalankan kegiatan tersebut bukan calang palang punya kaki. Siapa yang dalangi semua kegiatan tersebut di pintu besar pelabuhan di Sabah dan Sarawak? Di pelabuhan Port Klang pun sama juga sehingga kereta curi pun dapat seludup keluar dari Malaysia.
Kami rasa pintu Pelabuhan di seluruh Malaysia terlalu bolos dan menggesa kerajaan harus ikut rasmi PDRM yang meminta bantuan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) atau JPAM jaga supaya Pegawai Atasan Kastam tidak dapat bersubahat dengan sindiket haram ini.
Mulai dari sekarang kami harap pasukan Marin Polis dan SPRM akan bertindak kerana berkemungkinan sekarang sudah banyak kontena bersusun di pelabuhan Kota Kinabalu dan Sandakan untuk tunggu perluang tarik keluar. Dokumen 'transhipment' hanya mengelirukan pihak berkuasa yang lain.
Salam Hormat.
KULI JETI SABAH PORT.
No comments:
Post a Comment