Monday 26 March 2012

TIDAK DAPAT TANDUK, TELINGA DIPULAS?



Oleh : MINSAHI MAHALI

BAK kata pepatah orang tua-tua, tidak dapat tanduk, telinga dipulas. Begitulah hakikat yang terpaksa diharungi ADUN Klias, Datuk Azizah Mohd Dun yang cuba disingkirkan Ketua UMNO Bahagian Beaufort kerana sebelum ini Datuk Seri Lajim Haji Okin diwar-warkan akan keluar daripada UMNO dan memimpin Sabah People Party (SPF).

Mungkin marah kerana gagal melakukan rampasan kuasa dan menyingkirkan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Lajim terpaksa menyingkirkan orang kuat Anifah, Azizah sebagai melampias dendam kesumatnya yang tidak kesampaian melalui gerakan bersepadu Ag. Kamis Ag. Ahmad dan Ag. Mohd. Rizam yang terputus di tengah jalan.

Sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lajim merasakan dirinya cukup besar untuk menyingkirkan pengaruh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Musa Haji Aman dan adiknya, Datuk Anifah Aman yang dijadikan punca beliau tidak dicalonkan pada PRU-13.

Dengan kedudukan Lajim yang bagaikan 'telur di hujung tanduk', beliau cuba menafikan berita bahawa beliau akan disingkirkan dengan mempengaruhi AJK UMNO Beaufort menyingkirkan Azizah sebagai calon di DUN Klias; mengatasi Kuasa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Presiden UMNO yang langsung tidak pernah memikirkan untuk menyingkirkan Azizah yang telah berkhidmat dengan cemerlang selama ini.

Lajim mungkin tidak sedar bahawa Musa Aman dan Anifah Aman telah bekerja keras untuk memajukan Beaufort, Kimanis dan Papar; terutama melalui projek SOGT dan SAMUR sehingga berjaya menarik pelaburan puluhan bilion ringgit.

Sebagai 'Jagoan Kampung', Janang Gayuh telah memalukan UMNO dan Umat Islam di Sabah kerana beristirehat di Kasino Genting dan dalam masa yang sama berbangga menjadi Pengerusi PERKIM Sabah dan Timbalan Presiden USIA sebelum menubuhkan PERKIM Sabah.

Sebelum ini, Lajim terus mengekalkan Beaufort sebagai 'Padang Jarak Padang Tekukur' dan 'Pusat Penternakan Buaya' tanpa sebarang pembangunan termasuk kawasan Kilang Gula yang terbiar dan Pesta Banjir setiap kali hujan lebat.

Dalam kedudukan Musa dan Anifah dalam hirarki tertinggi UMNO dan Kerajaan Negeri, adalah tidak mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib berani memperjudikan nasib BN dengan menyingkirkan 'Aman Bersaudara'; sebagaimana Lajim memperjudikan nasib rakyat dengan menolak pencalonan Azizah.

Musa dan Najib mungkin telah memikirkan Beaufort memerlukan seorang Ahli Parlimen yang berkaliber sebagai regu kepada Anifah Aman untuk membangunkan Kimanis, Beaufort dan Papar melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) kerana Lajim hanya pandai bersandiwara dan berhujah di Kasino!

Tidak dapat tidak, Lajim harus diganti, namun dalam masa yang sama Lajim menaruh harapan yang tinggi kepada 'Sifu'nya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehingga sanggup melaksanakan beberapa projek 'Top-Up'; dengan harapan Najib akan melantik Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah.

DALANG.....Lajim dipercayai mendalangi tunjuk perasaan ini kerana kebanyakan yang hadir diupah antara RM50 hingga RM100 tanpa mengetahui tujuan sebenar.

Jika demikian terjadi, maka harapan untuk mengekalkan 24 kerusi parlimen dan 59 kerusi DUN Sabah mungkin tidak terlaksana dan merupakan hari terakhir Najib sebagai Perdana Menteri kerana kehilangan satu atau dunia kerusi parlimen di Sabah adalah 'Judgement Day' buat Najib.

Rakyat pelbagai kaum di Beaufort dan Kimanis kini tidak lagi percaya kepada dongengan Lajim kerana terbukti telah gagal membangunkan Beaufort sebagaimana kejayaan Anifah melakukan transformasi di Kimanis; sekaligus menyebabkan Beaufort menerima tempias pembangunan yang menjanjikan peningkatan taraf hidup; bukannya seperti Lajim yang mengutamakan kaum Bisaya sebagai kumpulan sasar.

Krisis dalaman yang berlaku antara Najib dan Shafie semakin ketara, terutama setelah diberitakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohammad telah menyerahkan fail kes siasatan Shafie berhubung projek 'Top-Up' dan Skandal Rasuah kepada Najib.

Sebagai tokoh yang menjadi 'Blue-eyed-boy' Najib, tindakan Shafie mensabotaj UMNO Sabah adalah di luar jangkaan Najib; apatah lagi Shafie tidak pernah menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah kerana ego dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO.

Dengan ketiadaan 'Chemistry' antara Shafie dan Badan Perhubungan UMNO Sabah, di manakah kemungkinan Lajim mengharapkan Shafie dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah; terutama ketika Kerajaan BN bakal menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) kerana Shafie salah satu 'tokoh' yang dikaitkan dengan Generasi IC Projek?

No comments:

Post a Comment