MENTERI Luar, Datuk Anifah Aman meminta supaya gerakan untuk memberi sijil lahir lewat dan mykad kepada 40,000 kanak-kanak di Senallang, Semporna dihentikan sehingga kesahihan kanak-kanak terbabit diperiksa dan ditentusahkan.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi menghalang rakyat Sabah menjadi pelarian di negara sendiri dan melindungi kedaulatan negara.
"Sebagai rakyat Sabah, saya sangat kecewa membaca laporan akhbar tempatan berhubung 40,000 kanak-kanak di Senallang yang tidak mempunyai dokumen Malaysia," katanya.
Menurutnya, jumlah yang besar itu datangnya dari satu kawasan sahaja dan siapa tahu mungkin di kawasan lain juga mengemukakan 20,000 atau 30,000 orang menghadapi masalah yang serupa.
"Kenapa masalah ini timbul sekarang?".
"Sebagai Menteri Luar, perkara seperti ini tidak harus diambil mudah dan dilihat sebagai remeh. Ini perkara serius dan membabitkan kedaulatan negara dan Sabah," katanya sebagai mengulas laporan akhbar tempatan mengenai isu tersebut.
Beliau menegaskan, "itulah sebabnya kenapa saya meminta sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan di Sabah untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas 40,000 orang ini untuk menentusahkan sama ada mereka layak diberikan dokumen Malaysia."
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran mempertahankan gerakan yang sedang berjalan itu untuk memberikan 40,000 sijil lahir lewat di Senallang, yang diwakilinya kerana menghadapi kritikan pelbagai pihak di Sabah.
Menurut Adun Senallang itu, gerakan itu dilakukan dengan kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah kementeriannya.
Anifah berkata, isu serius ini bukan sahaja masalah di Senallang atau Semporna dan bukan juga membabitkan Sabah sahaja tetapi ia adalah masalah negara.
"Sebagai Menteri Luar, saya melihat masalah ini sangat serius kerana ia mungkin menjejaskan kedaulatan negara," tegasnya.
Hmpir btul pru13 ni mcm2 cra d gun a utk mmstikn jwtn pngkt kmewahan dn hrta x trlepas. Tidk mustahil smpai ke tahap mmbunuh pihak lwn yg mngncm kdudukan mreka. Skdr mrekrut pti tu,..biasa2 je,..drpd dulu lgi. Sbb tulah pusat diam2 ttng RC I.
ReplyDelete