Tuesday, 27 March 2012

JPN HARUS CEKAP LAKSANA PENDAFTARAN BERGERAK



JABATAN Pendaftaran Negeri (JPN) di daerah ini disaran mempunyai kaedah khas semasa melaksanakan Program Pendaftaran Bergerak agar lebih teratur dan tersusun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban berkata, kaedah itu perlu berikutan setiap kali program berkenaan dijalankan orang ramai yang bukan sahaja dari daerah ini turut datang.

Menurutnya, hampir setiap hari beliau serta pimpinan ADUN di daerah ini menerima rungutan dan ketidakpuasan hati penduduk dengan situasi berkenaan.

“Penduduk yang datang dari mana-mana daerah turut berpusu-pusu ke pusat pendaftaran berkenaan yang akhirnya menyebabkan penduduk di sini terpaksa bersaing dengan mereka dan menunggu hingga berjam-jam lamanya,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau menegaskan sistem pendaftaran bergerak itu, perlu mempunyai kaedah khas yang lebih baik supaya proses pendaftaran tidak dicampur adukkan antara penduduk daerah ini dengan penduduk dari luar.

Jelasnya, beliau memandang serius perkara itu, kerana jika tidak ditangani boleh menjejaskan imej kerajaan apatah lagi berhubung isu keselamatan pengenalan diri dan dokumentasi.

Ramlee berkata demikian semasa ditemui media selepas Merasmikan Program Riuh Sekampung Tawaufm di Kampung Keramat Semporna.

Dalam pada itu, usaha Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Tawaufm menjalankan aktiviti masuk ke kampung-kampung mampu memberikan impak positif.

Menurutnya, selain berperanan sebagai penyampai maklumat mengenai dasar dan program pembangunan negara, malah aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan lebih mesra dengan masyarakat kampung.

“Walaupun kampung ini terletak 64 kilometer dari bandar Semporna dan untuk sampai perlu melalui jalan ladang tetapi tidak menghalang untuk krew Tawaufm bertemu dan tinggal bersama penduduk kampung,’’ujarnya.

Secara tidak langsung katanya, ianya merupakan program serampang dua mata apabila pemimpin yang turut hadir berpeluang bertemu dan bersemuka dengan rakyat untuk mengetahui sebarang permasalahan yang dihadapi.

Sementara itu, Pengurus Penyiaran Tawau, Aris Arapa dalam ucapannya berkata, Tawaufm akan berusaha untuk menyelusuri lebih banyak kampung melalui program Riuh Sekampung demi mendekatkan stesen Tawaufm dengan pendengar dan penonton setia RTM. (New Sabah Times)

13 comments:

  1. HEAD of State Tun Juhar Mahiruddin on Thursday said the perennial issue of illegal immigrants in Sabah must be handled in a collective manner and at the same time resolved wisely.

    ReplyDelete
  2. While the State and Federal Governments view the matter very seriously and have taken integrated action to settle it, he said everyone must render their cooperation to ensure the issue is resolved.

    ReplyDelete
  3. "The problem must be settled together and wisely but, everyone must be prepared to render firm co-operation to ensure the illegal immigrant issue would be overcome for the sake of our wellbeing and prosperity," he said at the opening of the State Assembly sitting.

    ReplyDelete
  4. The illegal immigrant issue has become a focal point among the State Barisan Nasional (BN) component parties and almost all have agreed to the setting up of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate it.

    ReplyDelete
  5. Pengurusan JPN harus cekap dan cepat. Jangan biarkan orang ramai menunggu berjam-jam. Buka banyak kaunter untuk urusan2 tu.

    ReplyDelete
  6. Pendaftaran bergerak mungkin perlu menyasarkan kawasan yang penduduknya memang memerlukan pendaftaran bergerak tu. Harus dipastikan penduduk2 tempatan saja yang layak dengan urusan tersebut.

    ReplyDelete
  7. moga pendaftaran bergerak ini berjalan lancar, pihak JPN kena pastikan mereka yang didaftarkan benar2 anak Sabah.

    ReplyDelete
  8. Menteri Luar, Datuk Anifah Aman sendiri meminta agar Pendaftaran Bergerak di Senallang.

    ReplyDelete
  9. Walaupun menerima tentangan mengenai pendaftaran bergerak ini. Namun JPN perlu menyakinkan kepada semua yang mereka benar-benar akan memastikan mereka yang benar-benar saja yang layak mendapat apa yang perlu.

    ReplyDelete
  10. Pastikan JPN buat kerja yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. Kita mesti percaya dengan JPN dalam perlaksanaan ini. Kerana JPN melakukan semua ini dengan ikhlas memastikan mereka yang benar-benar layak mendapat apa yang perlu untuk mereka.

    ReplyDelete
  12. Sistem pendaftaran bergerak perlu mempunyai kaedah khas yang lebih baik. Tujuan semua ini adalah memastikan mereka yang benar-benar layak saja yang mendapat dan bukannya orang luar yang tidak layak untuk semua itu.

    ReplyDelete
  13. kalau mahu pendaftaran bergerak ini berjalan dengan lancar dan cekap, baik arahkan semua pihak2 yang membantah program ini supaya turun padang secara sukarela untuk memantau dan mengawasi program ini..

    ReplyDelete