Monday 26 March 2012

SHAFIE SOKONG MUSA AMAN?



MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelmarin menyatakan sokongan beliau kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman demi untuk memastikan supaya Malaysia terus maju.

“Bagi kita, individu tidak penting, rakyat itu lebih banyak kepentingan, negara itu jauh lebih penting daripada isu-isu yang kecil sehingga memudaratkan anak-anak kita,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran dan penyampaian bayaran khas kepada bekas anggota kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Malaysia cawangan Sabah di Kota Kinabalu, kelmarin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman melancarkan majlis itu dan menyerahkan baucar bayaran khas kepada bekas anggota Kemas Malaysia cawangan Sabah.

“Adalah penting kesatuan rakyat di negara ini kerana ianya boleh membawa manfaat. Kalau kiat berpecah banyak keburukan yang kita tidak tahu kerana tidak ada jaminan,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie berkata, mahu kakitangan dan bekas kakitangan Kemas supaya terus mengukuhkan sokongan kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

“Jangan berpecah belah dan ada perbalahan, kerajaan Barisan Nasional (BN) harus diberi sokongan,” katanya.

Tegasnya, kerajaan yang ada pada hari ini cukup prihatin kepada rakyat, banyak sumbangan kerajan telah diberikan kepada rakyat di negara ini dengan pelbagai bantuan diberikan dalam membela nasib rakyat.

Sementara itu, Shafie berkata, sebanyak lebih RM700,000 diberikan kepada lebih 200 bekas kakitangan Kemas bagi bayaran khas itu untuk peringkat pertama pada hari ini.

“Peringkat kedua ada lagi bagi mereka yang tidak tersenarai dalam peringkat awal,” katanya.(ST)

No comments:

Post a Comment