Friday 16 March 2012

ADO KOTA MARUDU RENTUNG DALAM KERETA


PERIKSA....Pasukan forensik dan bomba memeriksa keadaan kereta mangsa yang musnah terbakar awal pagi kelmarin.

Oleh : WILLIE JUDE JUNAIDI

PENOLONG Pegawai Daerah Kota Marudu ditemui rentung dalam kereta yang dinaikinya selepas kenderaan terbabit dipercayai terbakar di Kilometer 12, Jalan Tandek-Kota Marudu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 pagi itu, mangsa Hilde Primus Peki @ Hilde P Kayau, 43, ditemui rentung di tempat duduk pemandu kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 4.45 pagi.

“Sepasukan polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan sebaik tiba di tempat kejadian didapati mangsa berada dalam kenderaan terbabit dan dalam keadaan hangus terbakar di tempat duduk pemandu.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah pekan Kota Marudu menuju ke Pitas untuk pulang ke rumahnya dan dipercayai apabila tiba di tempat kejadian, tiba-tiba kereta mangsa terbakar,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Mohd Isa berkata, berdasarkan siasatan juga kenderaan yang dinaiki mangsa itu memang mengalami masalah dan pernah dua kali berlaku masalah pendawaian.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis masih menunggu laporan kejadian sebenar dari pihak forensik dan Jabatan Kimia bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu berlaku.

“Kenderaan terbabit disahkan adalah milik mangsa berdasarkan pengecaman daripada ahli keluarga mangsa dan setakat ini tiada unsur-unsur jenayah didapati. Setakat ini, polis juga mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara Pegawai Perhubungan Bomba Sabah, Affendy K Ramin ketika dihubungi berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.09 pagi.

“Sepasukan bomba dengan sebuah jentera kemudiannya tiba di tempat kejadian pada jam 4.08 pagi dan berjaya memadamkan kebakaran pada jam 5 pagi,” katanya.

Tambahnya, sejurus selepas api berjaya dipadamkan didapati ada satu mayat yang telah rentung berada di tempat duduk pemandu kenderaan jenis Proton Exora berkenaan.

“Pihak bomba kini masih menyiasat punca sebenar kebakaran,” katanya. (theborneopost)

8 comments:

  1. I wonder what happen that cause the vehicle to explode all of a sudden? Is it due to technical problems with the car or there are someone sabotaging the victim.

    ReplyDelete
  2. Hope that the police can find out the reason behind this case and condolence to the family members.

    ReplyDelete
  3. Kena periksa keadaan kereta selalu terutamanya sebelum memulakan perjalanan jauh.

    ReplyDelete
  4. takziah. sya kenal beliau dan berita ini sgt menyedihkan..

    ReplyDelete
  5. takziah.. malang tidak berbau.. sebagai pengajaran, jangan ambil ringan terhadap setiap masalah kenderaan..

    ReplyDelete
  6. Takziah. tapi pihak polis harus menyiasat sebaik mungkin kes tu.

    ReplyDelete
  7. takziah, harap punca kejadian dpt diketahui.

    ReplyDelete
  8. Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan kenapa kes ini boleh berlaku.

    ReplyDelete