Monday 12 March 2012

TIADA TERMINAL BAS DI SEMPORNA?

Oleh : MEDIA USNO

BANGGA.....Apalah yang dibanggakan dengan bas dua tingkat jika tiada terminal dan jalan di Semporna tidak selamat.

SETELAH hampir 50 tahun merdeka dan Ahli Parlimennya menteri yang bertanggung jawab terhadap NKRA Luar Bandar, namun agar malang kerana Semporna tidak mempunyai Terminal Bas.

Seorang pengusaha bas, Abdul Kadir bin Unsah @ Gotex, kesal kerana Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafir Apdal hanya mementing diri dan melobi projek untuk kroni dan bukannya untuk penduduk yang menghadapi masalah disebabkan ketiadaan prasarana seperti Terminal Bas.

"Kita pernah ada TYT, Menteri Kabinet dan Menteri Negeri, tetapi masalah sekecil ini gagal diselesaikan oleh pemimpin yang selalu bercakap tentang GTP, Transformasi, NKRA, NKEA dan ETP, tetapi pada dasarnya hanya cakap kosong, semuanya pembohong," kata Abdul Kadir yang mendengar rungutan orang awam terutama ketika hari panas terik dan hujan.

Kata Abdul Kadir, sedangkan kambing ada kandang, tetapi bas di Semporna tidak langsung disediakan tempat tetap bagi memudahkan penduduk menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

"Terdapat lebih dari 10 syarikat pengendali pengangkutan milik pengusaha tempatan yang menghadapi masalah ini. Kami terus berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat bagaikan pengangkutan unta di padang pasir," ujar Abdul Kadir yang kesal kerana Majlis Daerah gagal merancang pembangunan Semporna, malah lebih teruk daripada zaman British.

Abdul Kadir hairan dengan sikap tiga adun dan seorang ahli Parlimen di Semporna yang menyokong pembinaan jeti pelancongan bernilai ratusan ribu, malah berjuta, namun tidak mampu membina terminal bas yang tetap; tidak sampai setengah juta ringgit.

Ramai pelancong masih memberi gelaran 'Cow Boy Town' kerana sistem pengangkutannya mundur, terutama dibanjiri kereta sapu yang menjadi pengangkutan utama.

14 comments:

  1. Wakil rakyat disana harus mengambil inisiatif untuk mengwujudkn terminal bas untuk kegunaan dan keselesaan pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semporna mempunyai 4 orang wakil rakyat. tanggungjawab letak di mana?

      Delete
  2. terminal bas perlu dibina di Semporna dan jalan2 juga perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The roads must be fix to avoid unwanted accidents to happen.

      Delete
  3. Where is their "wakil rakyat"? This matter should be taken seriously.

    ReplyDelete
  4. Betulkah ada bus dua tingkat sudah?? Baguslah kalau macam itu. Sekarang sudah masanya kerajaan memastikan jalan adalah selesa. Peruntukkan telah diberikan pasti akan ada perlaksanaan memastikan keselesaan pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kemudahan bas dua tingkat ni sudah mula beroperasi sejak tahun 2010.

      Delete
  5. Mungkin terminal di Semporna perlu disediakan ini bagi kemudahan semua pengguna itu sendiri.

    ReplyDelete
  6. Bertambah maju sudah Sabah dalam pengangkutan awam kalau macam itu. Namun kita harap juga jalan selamat dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. Sistem pengangkutan sememangnya perlu diberikan keutamaan. Jika sudah ada bus dua tingkat ini bukannya mundur, namun sudah pasti dikatakan maju.

    ReplyDelete
  8. Semoga penyediaan kemudahan yang selesa akan diberikan kepada penduduk Semporna. Kawasan itu perlu terus dibangunkan memandangkan menjadi tempat tumpuan pada pelancong.

    ReplyDelete
  9. Semporna terkenal dengan kawasan yang menjadi tarikan pelancong. kemudahan2 awam seperti terminal bas sepatutnya sudah lama diwujudkan untuk keselesaan pelancong juga rakyat tempatan.

    ReplyDelete
  10. bagaimana semporna yang terkenal dengan pulau2 cantik tidak memiliki stesen bas?? sepatutnya pembangunan di semporna lebih maju berbanding dengan daerah2 lain memandangkan daerah itu menjadi tumpuan pelancong..

    ReplyDelete
  11. saya harap tiga adun dan seorang ahli parlimen di semporna dapat memenuhi semua kekurangan2 di daerah itu..

    ReplyDelete