Tuesday 2 October 2012

BN TEPATI JANJINYA DI KOTA MARUDU




KOTA MARUDU :  Peruntukan RM120 juta oleh kerajaan bagi membina jalan berturap dan melaksanakan program Agropolitan bagi menyediakan kegiatan ekonomi dan pembangunan bagi 450 keluarga yang ditempatkan semula di Gana di sini adalah satu contoh baik Barisan Nasional menunaikan janji, kata Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata peruntukan RM60 juta bagi menaik taraf jalan lori balak dan RM60 juta lagi bagi program Agropolitan adalah "satu komitmen yang pemurah dan penyayang" bagi 3,000 penduduk di sana.

Keluarga berkenaan adalah dari 10 perkampungan yang bertaburan dalam lingkungan dan berdekatan dengan Hutan Simpan Lingkabau yang ditempatkan semula melalui Projek Pembangunan Bersepadu dan Penempatan Semula Gana pada 1997.

"Program Agropolitan membolehkan penduduk kampung menjalankan kerja-kerja penanaman getah untuk menjana pendapatan manakala jalan yang dinaik taraf akan membolehkan Gana boleh diakses dan membawa pembangunan kepada kampung-kampung berkenaan," katanya semasa majlis pecah tanah fasa keempat projek menaik taraf Jalan Talantang-Gana di sini.

Ongkili berkata peruntukan asal hanyalah untuk menaik taraf jalan lori balak sepanjang 19.7km dan oleh itu jalan berdebu sepanjang 6km menuju ke perkampungan itu kekal teruk. (Bernama)



23 comments:

  1. kerajaan menunaikan janjinya..

    ReplyDelete
  2. peruntukkan rm60juta untuk projek agropolitan sememangnya disambut baik oleh penduduk...

    ReplyDelete
  3. semoga projek ini akan dimulakan awal tahun depan. Kita ingin melihat pembangunan di KM berkembang dengan pesat dan tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan.

    ReplyDelete
  4. Menurut salah seorang penduduk KM, Daerah Kota Marudu telah berkembang sedikit demi sedikit dan sudah merasakan limpahan faedah daripada apa yang dirancang khusus oleh YB Datuk Dr. Maximus J. Ongkili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antaranya:
      i. Pusat Pembangunan dan Pembuatan Makanan Ikan Kelah (Pelian) di Kg Togudon, Kota Marudu.

      ii. Pusat Pembenihan dan Pembiakan Ikan Kelah (Pelian) di Kg Tangkol, Kota Marudu.

      iii. Bengkel Pemprosesan Kupang di Kg. Tanjung Batu Laut. Projek ini bertujuan untuk memajukan industri ternakan kupang khususnya di Kota Marudu.

      Delete
    2. Selain itu,

      iv. Penghasilan Benih Vannila Kultur Tisu Berkos Rendah dan Sistem Kawalan Sekitaran pada Peringkat Pertumbuhan Awal di Kg Toporoi Kota Marudu.

      v. Program Inovasi Pembangunan Usahawan Desa-Usahawan Minyak Kelapa Dara di Kg. Guoman Matunggong, Kudat.

      vi.Projek penyelidikan dan pembangunan usahawan Tongkat Ali di kg. Mengaris, Kota Marudu.

      Delete
    3. vii. Projek InfoSTI@MOSTI di Pekan Kota Marudu.

      viii. Projek e-GeoFarmer@FAMA, di Pasar Tani Kota Marudu.

      Delete
  5. Penduduk Kota Marudu sebenarnya bertuah kerana diwakili seorang Yang Berhormat berstatus Menteri Persekutuan. Ini merupakan sejarah bagi P168 Kota Marudu kita diwakili seorang Menteri Persekutuan. Sebelum ini kita hanya YB kita hanya berstatus Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah Sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai Menteri Persekutuan, YB Datuk Dr. Max boleh memperolehi peruntukan yang lebih daripada ADUN biasa. Dikatakan bahawa, sebagai Menteri Persekutuan, YB Dtk Dr Max memperolehi peruntukkan 2 juta setahun ( 1 juta ahli parlimen + 1 juta menteri persekutan). Manakala pula, setakat YB ADUN biasa saja cuma memperolehi RM500,000 setahun.

      Delete
    2. Peruntukan tahunan YB. Dtk Dr. Max sama seperti 4 tahun peruntukan tahunan seorang ADUN biasa. Oleh itu, Parlimen Kota Marudu sangat-sangat berbangga dapat seorang YB Datuk Dr. Maximus J. Ongkili.

      *http://n5tandek.blogspot.com/2009/02/bertuah-kota-marudu-dapat-yb-datuk.html

      Delete
  6. Dr Yee pointed out that the ‘Janji ditepati’ was not merely a slogan but proof that the government is working for the people.

    ReplyDelete
  7. More than 800 families received 1Malaysia water tanks from the government as part of the 1Malaysia Water Tank programme

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kerajaan terus berkhidmat dan memperjuangkan yang terbaik untuk semua golongan.

      Delete
  8. the government is working hard to honour all its pledges using the " Janji Ditepati " approach

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Musa Aman said BN is the best coalition party in the country because it is capable of honouring its promises to the people, irrespective of race, religion and even political ideologies.

      Delete
    2. Datuk Musa Aman said the people won't hesitate to continue giving their support to the party despite attempts by the oppositions to sway them by hurling allegations at the government

      Delete
  9. Penduduk perlu bersabar sebaiknya. Pasti kerajaan tidak akan lupa akan janji yang diberikan. Kerana apa-apa perkara akan dikaji sebaiknya dan melalui pelbagai proses kelulusan.

    ReplyDelete
  10. Akhirnya Kota Merudu mendapat apa yang dijanjikan oleh kerajaan kepada kawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas dan semoga rakyat di Kota Merudu pandai menilai siapakah yang benar dapat memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

      Delete
  11. Semoga kerajaan akan memastikan yang mana apa yang dirancang itu akan dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  12. Kegagalan menunaikan janji akan mendatangkan impak yang amat negatif.

    ReplyDelete
  13. Semoga peruntukan ini dapat membangunkan lagi ekonomi tempatan.

    ReplyDelete
  14. Semoga projek ini mencapai kejayaan.

    ReplyDelete