Thursday 4 October 2012

FERI KUDAT-BANGGI WAJAR DIBERI SUBSIDI




PITAS: Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Haji Ismail, berkata kerajaan Barisan Nasional BN dirayu supaya memberikan subsidi tambang kepada pengguna feri Kudat-Pulau Banggi sebagaimana yang dinikmati pengguna feri Labuan-Menumbok yang diumumkan melalui Bajet 2013.

Katanya, penyeragaman ini memberi kesaksamaan kepada rakyat yang berada di kawasan utara negeri ini dalam memajukan kepelbagaian demi menikmati sumbangan kerajaan BN terhadap rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Bolkiah berkata, Pulau Banggi telah diangkat sebagai kawasan agropolitan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, selain itu Pulau Banggi tidak kurang hebatnya dalam sektor pelancongan kerana daerah kecil tersebut terdapat destinasi pelancongan yang menarik.

Sehubungan itu, amat bersesuaian jika pengangkutan feri Kudat ke Pulau Banggi diberikan potongan harga yang sama dengan apa yang diberikan kerajaan BN kepada pengangkutan feri Labuan ke Menumbok.

Bolkiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas berkata demikian di Majlis Penyerahan Tangki Air 1 Malaysia di bawah Program Tranformasi Luar Bandar bagi DUN Banggi dan Pitas yang diadakan di Dewan Terbuka Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat UPKR dan Umno DUN Pitas dekat sini baru-baru ini.

Beliau turut menasihatkan rakyat di daerah ini khasnya yang sudah menerima pelbagai bantuan dari kerajaan BN seperti Tangki air 1 Malaysia, TV dengan Decoder Astro, Komputer Riba 1 Malaysia, Zink, peralatan Petani dan Nelayan dan sebagainya hendaklah menggunakannya dengan sempurna.

“Jangan salah gunakan kemudahan yang diberikan kerana kerajaan tidak akan mengulangi pemberian tersebut sebab orang lain juga memerlukan bantuan yang sama,” tegasnya.

Terdahulu Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Pitas merangkap pengerusi penganjur, Mohd. Lahab Enul berkata para lebih 800 orang penerima tangki air 1 Malaysia ini hendaklah menggunakannya dengan betul, tidak menjual dan memberikan kepada orang lain.

Katanya Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung dinasihatkan agar sentiasa memantau dan menasihatkan rakyat di bawah seliaan mereka tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan dan menasihatkan mereka yang belum menerima bantuan tersebut hendaklah bersabar kerana kerajaan BN bukan memberi sumbangan dalam satu perkara sahaja, malah kerajaan amat peka dengan permasalahan rakyat, khususnya di luar bandar.

Oleh itu, JKKK dan Ketua Kampung yang merupakan mata dan telinga serta agen penggerak kepada kerajaan BN hendaklah menyampaikan maklumat kerajaan dengan tepat.

Turut hadir di majlis itu Naib Ketua Umno Bahagian Kudat, Harun Durabi; Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kudat merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda BN Sabah, Mejar Kehormat Shariff Sahar Shariff Ading; CDO Banggi Masikun Mojintal; Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi JKKK DUN Banggi dan Pitas. (New Sabah Times)

21 comments:

  1. JKKK dan ketua kampung haruslah bertindak proaktif agar permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di kampung mereka dapat dikenalpasti dan diselesaikan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subsidi ini satu usaha bagi memastikan beban berkurangan kepada pengguna feri tersebut.

      Delete
  2. diharap kerajaan akan memberikan subsidi kepada pengguna feri kudat-banggi seperti yang dinikmati oleh pengguna di labuan-menumbok.

    ReplyDelete
  3. I think this suggestion should be well considered.

    ReplyDelete
  4. And it is for the convenience of the people.

    ReplyDelete
  5. The government should look at the people's sides. To gain more votes, this is the time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plaing penting lagi untuk mengekalkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

      Delete
    2. Bantuan kepada rakyat perlu di beri sama rata, harap subsidi akan di beri kepada pengguna feri kudat-banggi.

      Delete
    3. Jika ikhlas untuk rakyat, pasti rakyat boleh rasakannya.

      Delete
  6. Yes I agree with you. We have to look into more possibilities.

    ReplyDelete
  7. This is to ensure their welfare are being protected.

    ReplyDelete
  8. Semoga hal ini mendapat perhatian serius kerana jika ia dapat dilaksanakan ia akan beri banyak kebaikan kepada ramai pihak.

    ReplyDelete
  9. "selain itu Pulau Banggi tidak kurang hebatnya dalam sektor pelancongan kerana daerah kecil tersebut terdapat destinasi pelancongan yang menarik."
    i didn't know that...banggi island has never been in my list of places to visit. i don't much about this island. but government should consider bolkiah's suggestion.

    ReplyDelete
  10. Cadangan ini boeleh di pertimbangkan, untuk sektor pelancongan Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mungkin juga ini akan dapat menyumbang kepada sektor pelancongan.

      Delete
  11. Subsidi yang teramat banyak cuma membebankan kerajaan.

    ReplyDelete
  12. Cadangan ini harus dikaji secar mendalam untuk jangka masa panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap cadangan memang akan dikaji dulu sebelum dibuat keputusan.

      Delete
  13. Buatlah yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  14. penyeragaman ini memberi kesaksamaan kepada rakyat yang berada di kawasan utara negeri ini dalam memajukan kepelbagaian demi menikmati sumbangan kerajaan BN terhadap rakyat berbilang kaum di negeri ini.

    Bagualah jika kebajikan rakyat diutamakan tidak mengira bangsa atau agama.

    ReplyDelete
  15. saya setuju dengan cadangan ini. harap akan dipertimbangkan..

    ReplyDelete