PITAS: Pembantu Menteri
Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Haji Ismail, berkata
kerajaan Barisan Nasional BN dirayu supaya memberikan subsidi tambang kepada
pengguna feri Kudat-Pulau Banggi sebagaimana yang dinikmati pengguna feri
Labuan-Menumbok yang diumumkan melalui Bajet 2013.
Katanya, penyeragaman ini
memberi kesaksamaan kepada rakyat yang berada di kawasan utara negeri ini dalam
memajukan kepelbagaian demi menikmati sumbangan kerajaan BN terhadap rakyat
berbilang kaum di negeri ini.
Bolkiah berkata, Pulau
Banggi telah diangkat sebagai kawasan agropolitan oleh mantan Perdana Menteri,
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, selain itu Pulau Banggi tidak kurang hebatnya
dalam sektor pelancongan kerana daerah kecil tersebut terdapat destinasi
pelancongan yang menarik.
Sehubungan itu, amat
bersesuaian jika pengangkutan feri Kudat ke Pulau Banggi diberikan potongan
harga yang sama dengan apa yang diberikan kerajaan BN kepada pengangkutan feri
Labuan ke Menumbok.
Bolkiah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Pitas berkata demikian di Majlis Penyerahan Tangki Air 1
Malaysia di bawah Program Tranformasi Luar Bandar bagi DUN Banggi dan Pitas
yang diadakan di Dewan Terbuka Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat UPKR dan
Umno DUN Pitas dekat sini baru-baru ini.
Beliau turut menasihatkan
rakyat di daerah ini khasnya yang sudah menerima pelbagai bantuan dari kerajaan
BN seperti Tangki air 1 Malaysia, TV dengan Decoder Astro, Komputer Riba 1 Malaysia,
Zink, peralatan Petani dan Nelayan dan sebagainya hendaklah menggunakannya
dengan sempurna.
“Jangan salah gunakan
kemudahan yang diberikan kerana kerajaan tidak akan mengulangi pemberian
tersebut sebab orang lain juga memerlukan bantuan yang sama,” tegasnya.
Terdahulu Pemimpin Kemajuan
Rakyat DUN Pitas merangkap pengerusi penganjur, Mohd. Lahab Enul berkata para
lebih 800 orang penerima tangki air 1 Malaysia ini hendaklah menggunakannya
dengan betul, tidak menjual dan memberikan kepada orang lain.
Katanya Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung
dinasihatkan agar sentiasa memantau dan menasihatkan rakyat di bawah seliaan
mereka tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan dan menasihatkan mereka
yang belum menerima bantuan tersebut hendaklah bersabar kerana kerajaan BN
bukan memberi sumbangan dalam satu perkara sahaja, malah kerajaan amat peka
dengan permasalahan rakyat, khususnya di luar bandar.
Oleh itu, JKKK dan Ketua
Kampung yang merupakan mata dan telinga serta agen penggerak kepada kerajaan BN
hendaklah menyampaikan maklumat kerajaan dengan tepat.
Turut hadir di majlis itu
Naib Ketua Umno Bahagian Kudat, Harun Durabi; Ketua Pergerakan Pemuda Umno
Bahagian Kudat merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda BN Sabah, Mejar
Kehormat Shariff Sahar Shariff Ading; CDO Banggi Masikun Mojintal; Ketua-ketua
Kampung dan Pengerusi JKKK DUN Banggi dan Pitas. (New Sabah Times)
JKKK dan ketua kampung haruslah bertindak proaktif agar permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di kampung mereka dapat dikenalpasti dan diselesaikan oleh kerajaan.
ReplyDeleteSubsidi ini satu usaha bagi memastikan beban berkurangan kepada pengguna feri tersebut.
Deletediharap kerajaan akan memberikan subsidi kepada pengguna feri kudat-banggi seperti yang dinikmati oleh pengguna di labuan-menumbok.
ReplyDeleteI think this suggestion should be well considered.
ReplyDeleteAnd it is for the convenience of the people.
ReplyDeleteThe government should look at the people's sides. To gain more votes, this is the time.
ReplyDeletePlaing penting lagi untuk mengekalkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.
DeleteBantuan kepada rakyat perlu di beri sama rata, harap subsidi akan di beri kepada pengguna feri kudat-banggi.
DeleteJika ikhlas untuk rakyat, pasti rakyat boleh rasakannya.
DeleteYes I agree with you. We have to look into more possibilities.
ReplyDeleteThis is to ensure their welfare are being protected.
ReplyDeleteSemoga hal ini mendapat perhatian serius kerana jika ia dapat dilaksanakan ia akan beri banyak kebaikan kepada ramai pihak.
ReplyDelete"selain itu Pulau Banggi tidak kurang hebatnya dalam sektor pelancongan kerana daerah kecil tersebut terdapat destinasi pelancongan yang menarik."
ReplyDeletei didn't know that...banggi island has never been in my list of places to visit. i don't much about this island. but government should consider bolkiah's suggestion.
Cadangan ini boeleh di pertimbangkan, untuk sektor pelancongan Sabah.
ReplyDeleteya, mungkin juga ini akan dapat menyumbang kepada sektor pelancongan.
DeleteSubsidi yang teramat banyak cuma membebankan kerajaan.
ReplyDeleteCadangan ini harus dikaji secar mendalam untuk jangka masa panjang.
ReplyDeletesetiap cadangan memang akan dikaji dulu sebelum dibuat keputusan.
DeleteBuatlah yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeletepenyeragaman ini memberi kesaksamaan kepada rakyat yang berada di kawasan utara negeri ini dalam memajukan kepelbagaian demi menikmati sumbangan kerajaan BN terhadap rakyat berbilang kaum di negeri ini.
ReplyDeleteBagualah jika kebajikan rakyat diutamakan tidak mengira bangsa atau agama.
saya setuju dengan cadangan ini. harap akan dipertimbangkan..
ReplyDelete