KOTA KINABALU: Ketua Menteri
Datuk Seri Musa Aman yakin Kolej Yayasan Sabah (KYS) akan terus menempuh
kejayaan yang lebih besar melalui perancangan dan hala tuju KYS untuk menjadi
sebuah universiti.
Beliau berkata, keyakinan
itu berdasarkan peningkatan bilangan graduan yang menamatkan pengajian di kolej
itu.
Katanya, pada majlis
konvokesyen kali ke-17 itu seramai 507 graduan menerima anugerah diploma dan
sijil iaitu meningkat berbanding 372 graduan pada konvokes- yen tahun lalu.
“Berdasarkan peningkatan
yang dicapai oleh KYS sehingga kini, saya amat berkeyakinan KYS akan terus
menempuh kejayaan yang lebih besar untuk mencapai status sebuah universiti.
“Saya juga yakin pelajar
yang melanjutkan pengajian mereka ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS)
seperti di KYS adalah disebabkan kualiti pendidikan yang ditawarkan dan
kursus-kursus pengajiannya menepati kehendak dan keperluan semasa.
“Selain itu pemilihan KYS
sebagai tempat pengajian turut didasari oleh isu ‘kebolehpasaran’ para graduan
setelah tamat pengajian nanti,” katanya ketika merasmikan Konvokesyen KYS kali
ke-17, di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah, di sini, kelmarin.
Turut hadir Pengarah Yayasan
Sabah dan Pengerusi Lembaga Pengalola KYS, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul,
Pengerusi, Lembaga Pengarah KKYS Sdn.Bhd Datuk Kamal D.E Quadra; Ketua
Eksekutif KYS, Dr. Dg. Aminah Ali, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Jahid
Jahim, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Datuk Jainab Ahmad dan kakitangan KYS.
Musa turut menyarankan KYS
agar sentiasa sensitif terhadap perkembangan dan perubahan landskap ekonomi
negara dan dunia dengan menawarkan kursus-kursus yang lebih releven kepada
keperluan semasa.
“Dalam hal ini kursus yang
ditawarkan perlu mengambil kira perubahan yang berlaku agar ianya lebih releven
kepada keperluan semasa.
“Di samping itu KYS juga
perlu menyuntik elemen-elemen ‘soft-skills, multi-tasking dan entrepreneurship’
bagi memastikan graduan yang dihasilkan berketrampilan serta dapat menyumbang
kepada hasrat menjana modal insan berkualiti bagi menjayakan matlamat misi
nasional,” katanya.
Musa memuji usaha KYS yang
berjaya mempelopori pembelajaran akademik, tek- nikal dan kemahiran vokasional
dengan menggunakan model kurikulum yang diberi nilai tambah serta pedagogi
terkini yang lebih anjal.
“Kaedah ini membolehkan para
pelajar melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran yang berkisar kepada tiga
bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran kendiri, pembelajaran bersemuka dan
pembelajaran berterusan,” katanya.
Beliau percaya usaha-usaha
yang dilakukan oleh pihak KYS pastinya dapat menyumbang ke arah memartabatkan
pendidikan akademik, teknikal dan latihan kemahiran sekaligus membuka peluang
kepada rakyat di seluruh negeri khususnya para belia untuk mencapai cita-cita
mereka.
“Dalam usia penubuhannya selama
lebih 20 tahun, KYS juga tidak ketinggalan dalam usaha untuk terus
mempertingkatkan latihan teknikal dan kemahiran vokasional.
“Menerusi penawaran
kursus-kursus teknikal dan kemahiran vokasional, KYS telah banyak memberi
peluang kepada belia-belia khususnya daripada luar bandar untuk memperoleh
kemahiran yang mampu memberikan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor,”
katanya.
Musa berkata, usaha itu
sejajar dengan objektif dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) di mana
kerajaan telah menetapkan latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional akan
diarus perdanakan.
Beliau turut menasihatkan
para graduan supaya terus menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran ke peringkat
lebih tinggi.
“Ini kerana peningkatan
produktiviti dan daya saing negara memerlukan tenaga kerja kreatif, berinovasi
dan berintegriti,” katanya.
Pada majlis itu graduan
Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) Shafiqa Naidah Sarifuddin, 22 dari
Tawau dipilih sebagai penerima Anugerah Ketua Eksekutif dan Anugerah Pingat
Emas 2012. (New Sabah Times)
tahniah kepada KYS..
ReplyDeleteKYS harus lebih berusaha untuk mencapai status universiti..
ReplyDeleteI do believe KYS can help to promote lots of potential students.
ReplyDeleteAnd this is a good move to give more chances to the local students to excel.
ReplyDeleteMusa has done a lot for the Sabah's education also.
ReplyDeleteIndeed a good job! Applause!
ReplyDeleteKYS, another prominent college to upgrade the standard of graduates in Sabah.
ReplyDeletecongratulations KYS! this is good news for every sabahan.
ReplyDeleteusaha yang berterusan akan membolehkan KYS mencapai sasaran yang diingini.
Deletefinally, a sabah local institution upgrading status to university status...
ReplyDeletewowow untungnya... Taniah KYS.
ReplyDeleteHarap dengan cara ini kualiti para pelajar KYS akan dapat terus ditingkatkan.
ReplyDeleteTaniah kepada KYS..harap segala yang di rancang akan berjalan lancar.
ReplyDeleteya, semoga semua perancangan berjalan lancar.
DeleteDiharapkan juga agar prestasi pelajar akan terus di pertingkatkan..teruskan berusaha.
ReplyDeletetingkatkan lagi usaha agar KYS mengecapi lebih banyak kejayaan.
ReplyDelete