Wednesday, 3 October 2012

KENAPA MANGSAKAN RAKYAT MISKIN?





LOKALITI.....Pelan Lokaliti sebuah rumah PPRT yang roboh terletak di Pulau Menampilik, 20 kilometer dari Pekan Semporna. Gambar sisipan, Mamat Bin Balhana, Ketua Penaja USNO Senallang.

Oleh : MEDIA USNO

DILAPORKAN sebuah lagi rumah PPRT yang dibina Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tumbang menyembah laut di Pulau Menampilik, 20 kilometer dari pekan Semporna.

Pulau berkenaan yang terletak dalam DUN Senallang yang diwakili Datuk Nasir Tun Sakaran. Malangnya, mengikut maklumat yang diterima, Nasir tidak kelihatan melawat mangsa kemalangan yang berlaku di tempat permainannya di zaman kanak-kanak kerana keluarganya pernah tinggal di pulau ini.

Sebelum ini pada  April 2012, Sabahkini.Net telah melaporkan mengenai masa hadapan penghuni rumah PPRT di ambang maut melalui artikel bertajuk 'PBR Maut Lambang Kejatuhan Shafie?'. 






Manakala wakil USNO Sulabayan, Abdul Karim Ahmad telah membuat lawatan ke kawasan berkenaan bagi meninjau peristiwa tersebut dan rakamannya telah diuploadkan ke YOUTUBE http://www.youtube.com/watch?v=vCVxT26fI1E.

Selepas peristiwa di Semporna, sebuah lagi rumah PPRT yang dibina KKLW tumbang di Kampung Bokara, Sandakan pada awal bulan September 2012 dan seterusnya tidak sampai sebulan; kejadian rumah PPRT tumbang kembali lagi ke Semporna; iaitu kampung asal mantan Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Askalani Abdul Rahim.

Wakil USNO Dun Senallang, Mamat bin Balhana telah mendapat maklumat telah mengadakan lawatan segera ke kawasan itu bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat; bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Mamat berjanji akan terus berkhidmat untuk rakyat kawasan itu walaupun USNO belum mendapat kelulusan pendaftarannya; namun tetap akan menurunkan calonnya di Dun Senallang kerana Wakil Rakyat BN gagal menjalankan tugas.




ALI BABA.....Inilah kualiti jambatan kayu yang dibina secara Ali Baba. Mangsanya adalah rakyat jelata yang miskin.

16 comments:

  1. pity them houses...couldn't withstand strong winds...don't blame the government only, this is clearly a result of bad workmanship, blame the contractor involved....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontraktor yang membina perumahan ini seharusnya disenarai hitamkan. Keranan tidak membina mengikut piawai yang ditetapkan.

      Delete
  2. based on this article, only two (2) houses have been reported. thank goodness, we are not looking at hundreds or more houses...

    ReplyDelete
  3. siapa yang mangsa-kan rakyat miskin? kerajaan atau cuaca buruk???

    ReplyDelete
  4. kalau rakyat tidak mahu miskin, rajin-kan lah diri kerja. help yourself first... jangan malas...jangan complain saja lah...kurang kan berjudi dan alkohol...hehe

    ReplyDelete
  5. Senang saja ni, black list saja kontraktor yang buat rumah tu, lepas tu lantik lagi kontraktor untuk bina kembali rumah itu...

    ReplyDelete
  6. Apa punya kontraktor, Kerajaan sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat, kontraktor pula buat hal....

    ReplyDelete
  7. This is awful. I think the YB should come down and take a look.

    ReplyDelete
  8. The government is not that cruel.

    ReplyDelete
  9. Don't let the pictures will wash your brain.

    ReplyDelete
  10. Shafie should come out and say something.

    ReplyDelete
  11. This is sad but we need clear cut explanation.

    ReplyDelete
  12. Memang besar risiko kalau buat rumah atas air. kalau datang tsunami, lagi mereka yang dulu kena(palis2):)

    ReplyDelete
  13. Jangan salahkan kerajaan. di bawah2 kerajaan tu yang laksanakan kerja. mungkin kontraktor yang buat rumah tidak ikut piawaian, bahan2 pun pilih yang murah.

    ReplyDelete
  14. Pasti rumah ni akan digantikan yang baru. lagi bagus kalau buat rumah di atas tanah nanti.

    ReplyDelete