Oleh : MD IZWAN
KUALA LUMPUR : Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar)
mengakui pembangunan di Sabah berjalan dengan perlahan tetapi yakin masalah tersebut
mampu diatasi dengan secepat mungkin serta Barisan Nasional (BN) mampu
mempertahankan kemenangan dengan majoriti yang besar di Sabah.
“Saya sedar dan tahu,
pembangunan masih belum cukup lagi.
Sebab itulah kita bermesyuarat hari ini, kita mencari langkah macam mana nak
cukupkan dan macam mana nak lengkapkan bekalan air, bekalan elektrik.
“Ini yang kita buat,
pembangkang hanya tahu cakap saja,” kata Shafie selepas mempengerusikan
mesyuarat penyelarasan dengan ahli Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di ibu kota baru-baru
ini.
Naib Presiden Umno itu juga
mengulas kaji selidik yang dibuat oleh badan bebas Merdeka Centre dengan
menghormati hak untuk mereka menyuarakan pandangan serta yakin rakyat di Sabah
mampu menilai sendiri terhadap keupayaan kerajaan mentadbir negara.
“Kerajaan mengamalkan sikap
demokratik dan menghormati pandangan mana-mana pihak dan individu. Saya tidak
kata laporan itu salah dan yakin rakyat Malaysia khususnya sudah mampu membuat
penilaian sendiri untuk memilih,” kata Shafie.
Di samping itu, Shafie juga
bersetuju dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang
menuduh terdapat campur tangan asing yang cuba menggugat pentadbiran negara
menerusi penerimaan dana asing daripada spekulator mata wang, George Soros.
Dalam kaji selidik itu,
keputusan mendapati para pengundi Sabah gembira dengan prestasi Perdana Menteri
(PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri
Musa Aman, jatuh menjunam.
Kedudukan Najib tetap kukuh
dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan Musa turun daripada 60
peratus berbanding November 2009 menjadi 45 peratus pada bulan September lalu,
sekaligus memberi petunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan
halangan sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Sabah dan Sarawak adalah
negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua
perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu
menawan Putrajaya pada PRU nanti.
Pada PRU 2008, BN kehilangan
undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut
akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.
BN pastinya berhasrat untuk
mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan
pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara.
Di samping itu, Shafie juga
bersetuju dengan kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang
menuduh terdapat campur tangan asing yang cuba menggugat pentadbiran negara
menerusi penerimaan dana asing daripada spekulator mata wang, George Soros.
“Kalau kita lihat,
suara-suara yang kedengaran ini seakan-akan bukan hanya datang daripada dalam
negara tapi juga dari pihak-pihak luar. Kita sudah sedar dari dahulu lagi,
contohnya Al-Gore yang juga naib presiden Amerika Syarikat ketika itu di Kuala
Lumpur telah memberi ucapan menyokong pembangkang.
“Kita juga tidak hairan jika
terdapat pihak yang ditaja oleh orang seperti George Soros ini,” tambah Shafie
lagi.
Dalam laporan semalam, Dr
Mahathir mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan adalah undi
untuk spekulator mata wang George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan
semula.
Memang tidak dinafikan pembangunan agak lemah, tapi yang pasti pembangunan tetap juga dilaksanakan tapi mungkin mengambil masa. Apa pun kerajaan pasti akan meneruskan usaha yang terbaik untuk mempercepatkan semua ini.
ReplyDeletekerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat...namun pembangunan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat..
Deletekeadaan Sabah yang luas mmg menampakkan pembangunannya perlahan. namun projek2 pembangunan tetap dijalankan di Sabah.
ReplyDeletesejak musa aman menjadi KM sabah, sabah kini dalam landasan yang betul untuk membangun..
DeleteSabah menghala ke arah yang positif juga.
DeletePerlahan tak apa janji sampai.
DeleteShahfie sebagai menteri KKLW harus berikan byk projek pembangunan di Sabah.
ReplyDeleteperuntukkan yang lebih besar harus diberikan kepada sabah...
DeletePeruntukan Sabah mencapai rekod, harus juga digunakan dengan bijak sekali.
Deletebagaimanapun, jika dilihat sabah dulu dgn sekarang byk perubahan. terutamanya kawasan Kota Kinabalu.
ReplyDeletepembangunan kawasan pedalaman kena jg diberi keutamaan.
Deletepembangunan di kawasan luar bandar dan pedalaman harus diseimbangkan...agar tiada yang tercicir dalam arus pembangunan..
DeleteSabah harus lebih berkembang jika dibandingkan.
DeletePembangunan semakin banyak, kawasan pedalaman harus diutamakan agar keseimbangan ekonomi dapat dijamin.
DeleteSemoga pembangunan kawasan pedalaman juga diberi perhatian yang wajar.
ReplyDeleteSabah masih dalam kemiskinan, usaha semua golongan untuk membangunkan ekonomi Sabah amat diperlukan.
ReplyDeletePeruntukan yang diberi semakin banyak akan membawa ekonomi Sabah ke arah yang lebih berkembang.
ReplyDeletePembangunan tidak selemah masa YTL sebagai KM.
ReplyDeleteSemoga Musa terus memperjuangkan hak milik rakyat di Sabah.
ReplyDeleteDiharap bajet Sabah 2013 akan lebih memuaskan daripada 2012
DeleteDiharap bajet 2013 akan dapat banyak peruntukan lagi untuk pembangunan luar bandar
ReplyDelete