Wednesday 8 May 2013

DUN INANAM TIDAK DIABAIKAN






KINGFISHER: Kawasan Dewan Undangan Negeri Inanam tidak akan diabaikan, kata Ahli Parlimen baru Sepanggar, Datuk jumat Idris yang menang kerusi itu dengan majoriti 9,442 undi.
Beliau menewaskan tiga lagi calon lain iaitu SAPP, Chin Hon Kiong - 4,070, STAR, Daniel John Jambun - 1,931 dan DAP, Jeffrey Kumin@John - 13,403.

"Seperti yang dijangkakan, kawasan Parlimen Sepanggar di sini kita akan menang setelah bekerja kuat di sini selama berapa tahun tetapi saya agak kecewa dengan kekalahan bagi kawasan inanam.

"Saya  tidak sama sekali akan mengabaikan DUN, Inanam sungguhpun ia bukan dimenangi oleh calon BN. Apapun keputusannya, saya akan tetap menunaikan janji yang telah saya ikrarkan kepada pengundi," katanya.

"Bagi saya, ia bukan satu masalah.ia bukan satu masalah. Sebaliknya, ia akan diambil sebagai cabaran untuk saya hadapi dan saya akan tingkatkan lagi usaha untuk mengetahui apakah masalah-masalah yang dihadapi rakyat di sana dan akan terus berusaha untuk memenangi hati rakyat di inanam.

Tambahnya, beliau akan mengkaji dan menganalisis setiap kelemahan yang ada di sana untuk diperbaiki.

"Kepada pengundi di inanam, saya yakin sokongan padu masih ada dengan BN dan suka saya beritahu, saya tetap bersama mereka semua," jelasnya.

Sementara itu, Jainab berjaya mengekalkan kerusi DUN karambunai dengan majoriti sebanyak 8,532 dengan undian sebanyak 14,074.

"Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kerana rakyat masih menyokong padu kerajaan dan inilah bukti usaha kukuh BN tidakk dipersiakan rakyat kerana rakyat sekali lagi telah memberikan kejayaan BN untuk terus mentadbir di sini," jelasnya dengan gembira.

No comments:

Post a Comment