KINGFISHER: Kawasan Dewan
Undangan Negeri Inanam tidak akan diabaikan, kata Ahli Parlimen baru Sepanggar,
Datuk jumat Idris yang menang kerusi itu dengan majoriti 9,442 undi.
Beliau menewaskan tiga lagi
calon lain iaitu SAPP, Chin Hon Kiong - 4,070, STAR, Daniel John Jambun - 1,931
dan DAP, Jeffrey Kumin@John - 13,403.
"Seperti yang
dijangkakan, kawasan Parlimen Sepanggar di sini kita akan menang setelah
bekerja kuat di sini selama berapa tahun tetapi saya agak kecewa dengan
kekalahan bagi kawasan inanam.
"Saya tidak sama sekali akan mengabaikan DUN,
Inanam sungguhpun ia bukan dimenangi oleh calon BN. Apapun keputusannya, saya
akan tetap menunaikan janji yang telah saya ikrarkan kepada pengundi,"
katanya.
"Bagi saya, ia bukan
satu masalah.ia bukan satu masalah. Sebaliknya, ia akan diambil sebagai cabaran
untuk saya hadapi dan saya akan tingkatkan lagi usaha untuk mengetahui apakah
masalah-masalah yang dihadapi rakyat di sana dan akan terus berusaha untuk
memenangi hati rakyat di inanam.
Tambahnya, beliau akan
mengkaji dan menganalisis setiap kelemahan yang ada di sana untuk diperbaiki.
"Kepada pengundi di
inanam, saya yakin sokongan padu masih ada dengan BN dan suka saya beritahu,
saya tetap bersama mereka semua," jelasnya.
Sementara itu, Jainab
berjaya mengekalkan kerusi DUN karambunai dengan majoriti sebanyak 8,532 dengan
undian sebanyak 14,074.
"Saya berasa bersyukur
dan berterima kasih kerana rakyat masih menyokong padu kerajaan dan inilah
bukti usaha kukuh BN tidakk dipersiakan rakyat kerana rakyat sekali lagi telah
memberikan kejayaan BN untuk terus mentadbir di sini," jelasnya dengan
gembira.
No comments:
Post a Comment