Tuesday 7 May 2013

JANGAN SALAHKAN ORANG JIKA KALAH






Saudara Pengarang,

MEMPERSALAHKAN seorang bukan budaya yang sihat, Presiden Parti PBS, sudah lama dalam politik dan sudah faham budaya politik baik dalam parti atau siapa musuh-musuh politik. 

Walaupun ada yang mencadangkan penambahbaikan terhadap survival PBS dalam N13 Inanam, itu bukan bererti ingin menjatuhkan sesiapa apatah lagi Mantan ADUN N13 Inanam seorang yang dikenali dan seorang ADUN yang suka berkerja keras demi kelangsungan perjuangan PBS agar sentiasa subur dan relevan membantu rakyat yang memerlukan.

Keputusan pucuk pemimpin untuk meletakkan calon baru dalam PRU13 di seluruh Negeri Sabah umumnya dan khasnya di N13 Inanam, harusah dihormati dan bukan mempersalah dan seolah-olah Presiden Parti tidak bijak membuat keputusan.

Kekalahan PBS N13 Inanam, dan Tamparuli, Api-Api dan Matunggong satu kerugian yang besar kepada semua ahli PBS dan rakyat. Kekalahan ini bukan disebabkan oleh calon itu secara langsung, tetapi datangnya dari sikap kita sendiri yang mudah terpengaruhi dengan umpan pembangkang.

Contohnya slogan yang dijanjikan oleh pembangkang seperti 'Ubah', 'bila lagi', 'inikalilah' dan 'ABU' mempengaruhi bukan sahaja ahli biasa, atas pagar tetapi di peringkat atasan juga seperti Jornah dan yang lain-lain.

Seperti mana yang dikatakan oleh seorang ahli dalam Bahagian PBS N13 Inanam, kekalahan calon PBS Inanam ini adalah kekalahan keseluruhan jentera Parti Bahagian N13 Inanam.

Oleh yang demikan, kepada ahli-ahli Bahagian N13 Inanam bersatulah semula, berunding, buat 'postmortem', 'brain stroming' dan kenal pasti kekurangan dan kekuatan (SWOT) untuk menghadapi PRU14, agar kelangsungan Parti PBS di N13 Inanam terus relevan dan dihormati.

Ada parti lain yang mengintai dan sedang membuat analisis, jika ahli PBS N13 Inanam tidak bersatu dan sering mempersalahkan antara satu dengan yang lain saya takut PRU14 nanti Parti PBS tidak boleh lagi mewakili N13 Inanam dan diganti dengan kompenan yang lain, yang dilihat lebih bersatu dan muafakat.

Ketua Bahagian dan Calon yang kalah, harus berunding di meja bulat untuk mengenapasti punca kekalahan tersebut dan mengorak langkah baharu untuk menghadapi PRU14 nanti.

Salam Hormat,

BINOL DARIMBANG

No comments:

Post a Comment