Saudara Pengarang,
MEMPERSALAHKAN seorang bukan
budaya yang sihat, Presiden Parti PBS, sudah lama dalam politik dan sudah faham
budaya politik baik dalam parti atau siapa musuh-musuh politik.
Walaupun ada
yang mencadangkan penambahbaikan terhadap survival PBS dalam N13 Inanam, itu
bukan bererti ingin menjatuhkan sesiapa apatah lagi Mantan ADUN N13 Inanam
seorang yang dikenali dan seorang ADUN yang suka berkerja keras demi kelangsungan
perjuangan PBS agar sentiasa subur dan relevan membantu rakyat yang memerlukan.
Keputusan pucuk pemimpin
untuk meletakkan calon baru dalam PRU13 di seluruh Negeri Sabah umumnya dan
khasnya di N13 Inanam, harusah dihormati dan bukan mempersalah dan seolah-olah
Presiden Parti tidak bijak membuat keputusan.
Kekalahan PBS N13 Inanam,
dan Tamparuli, Api-Api dan Matunggong satu kerugian yang besar kepada semua
ahli PBS dan rakyat. Kekalahan ini bukan disebabkan oleh calon itu secara
langsung, tetapi datangnya dari sikap kita sendiri yang mudah terpengaruhi
dengan umpan pembangkang.
Contohnya slogan yang dijanjikan
oleh pembangkang seperti 'Ubah', 'bila lagi', 'inikalilah' dan 'ABU'
mempengaruhi bukan sahaja ahli biasa, atas pagar tetapi di peringkat atasan
juga seperti Jornah dan yang lain-lain.
Seperti mana yang dikatakan
oleh seorang ahli dalam Bahagian PBS N13 Inanam, kekalahan calon PBS Inanam ini
adalah kekalahan keseluruhan jentera Parti Bahagian N13 Inanam.
Oleh yang demikan, kepada
ahli-ahli Bahagian N13 Inanam bersatulah semula, berunding, buat 'postmortem', 'brain
stroming' dan kenal pasti kekurangan dan kekuatan (SWOT) untuk menghadapi
PRU14, agar kelangsungan Parti PBS di N13 Inanam terus relevan dan dihormati.
Ada parti lain yang
mengintai dan sedang membuat analisis, jika ahli PBS N13 Inanam tidak bersatu
dan sering mempersalahkan antara satu dengan yang lain saya takut PRU14 nanti
Parti PBS tidak boleh lagi mewakili N13 Inanam dan diganti dengan kompenan yang
lain, yang dilihat lebih bersatu dan muafakat.
Ketua Bahagian dan Calon
yang kalah, harus berunding di meja bulat untuk mengenapasti punca kekalahan
tersebut dan mengorak langkah baharu untuk menghadapi PRU14 nanti.
Salam Hormat,
BINOL DARIMBANG
No comments:
Post a Comment