Saturday 11 May 2013

JEFFRY AKAN TERUS BERKHIDMAT







Oleh: SHAIMON S JUMADI

TAWAU : Dalam percaturan di gelanggang politik terbuka, setiap calon yang bertanding, nawaitunya mahu menang; mustahil yang mahukan kekalahan kerana ini adalah adat perlawanan.

Calon yang kalah mesti menerima hakikat kekalahan itu dan bukan sebagai landasan kekecewaan atau putus asa. Jika gagal kali ini,boleh cuba di lain hari kerana kemenangan hanya bagi mereka yang tidak pernah berputus asa.

Beginilah antara kata-kata yang disampaikan oleh mantan calon Parti Star, Dato Mohd Jeffry Rosman (gambar) yang bertanding di DUN Sebatik tetapi tewas dengan calon BN iaitu Muis Picho.

“Saya tidak kecewa walaupun kalah. Saya akan terus berkhidmat kepada masyarakat walaupun saya bukan Wakil Rakyat. Saya masih ada badan NGO iaitu Pertubuhan Pribumi Sabah yang boleh membantu masyarakat setempat melalui program-program kebajikan kami,” ujarnya.

Katanya, Pertubuhan Pribumi Sabah ditubuhkan untuk bekerja sama seiring dengan para pemimpin kerajaan dalam merealisasikan misi, visi dan agenda kerajaan untuk mempertingkatkan aspek pembangunan negara di setiap sudut.

Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada jentera pilihanraya dan para penyokong parti Star yang bertungkus lumus membantu kempen; walaupun serba serbi kekurangan; namun semangat jitu terus membara.

"Saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada para pengundi kawasan DUN sebatik dan akhir sekali saya tidak lupa mengucapkan terima kasih juga kepada pihak media terutama Sabahkini.Net yang banyak membantu menyiarkan pergerakan saya semasa berkempen PRU 13 lalu,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment