Oleh: SHAIMON S JUMADI
TAWAU : Dalam percaturan di gelanggang
politik terbuka, setiap calon yang bertanding, nawaitunya mahu menang; mustahil
yang mahukan kekalahan kerana ini adalah adat perlawanan.
Calon yang kalah mesti
menerima hakikat kekalahan itu dan bukan sebagai landasan kekecewaan atau putus
asa. Jika gagal kali ini,boleh cuba di lain hari kerana kemenangan hanya bagi
mereka yang tidak pernah berputus asa.
Beginilah antara kata-kata yang
disampaikan oleh mantan calon Parti Star, Dato Mohd Jeffry Rosman (gambar) yang
bertanding di DUN Sebatik tetapi tewas dengan calon BN iaitu Muis Picho.
“Saya tidak kecewa walaupun kalah.
Saya akan terus berkhidmat kepada masyarakat walaupun saya bukan Wakil Rakyat.
Saya masih ada badan NGO iaitu Pertubuhan Pribumi Sabah yang boleh membantu masyarakat
setempat melalui program-program kebajikan kami,” ujarnya.
Katanya, Pertubuhan Pribumi
Sabah ditubuhkan untuk bekerja sama seiring dengan para pemimpin kerajaan dalam
merealisasikan misi, visi dan agenda kerajaan untuk mempertingkatkan aspek
pembangunan negara di setiap sudut.
Sehubungan itu, saya ingin
mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada jentera pilihanraya
dan para penyokong parti Star yang bertungkus lumus membantu kempen; walaupun
serba serbi kekurangan; namun semangat jitu terus membara.
"Saya juga tidak lupa
mengucapkan terima kasih kepada para pengundi kawasan DUN sebatik dan akhir
sekali saya tidak lupa mengucapkan terima kasih juga kepada pihak media terutama
Sabahkini.Net yang banyak membantu menyiarkan pergerakan saya semasa berkempen
PRU 13 lalu,” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment