Thursday 2 May 2013

NASIR TINJAU PEJABAT BARU TH SEMPORNA





BERBUAL...Dato Sri Nasir (tengah) diringi Dato Kamarudin Mat Ali (dua kiri); Datin Nurlaila (kiri) dan Abdul Samat (tiga belakang) berbual mesra dengan sebahagian kakitangan kaunter hadapan Tabung Haji di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA : Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran,telah melakukan lawatan kerja  ke pejabat baru Tabung Haji Daerah Semporna di Bandar Utama Semporna baru-baru ini.

Nasir diringi Pemimpin UPKR Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna DUN Senallang, OKK Haji Musa Sabaani dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah, Haji Abdullah Sukka.

Hadir menyambut rombongan itu Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Malaysia, Dato Haji Kamarudin Mat Ali, Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah, Datin Nurlaila Said dan Pegawai TH Semporna, Haji Abdul Samad Mansur.

Pejabat Tabung Haji Semporna yang dulunya beroperasi di bangunan lama pekan Semporna kini berpindah ke Bandar Utama, Blok A7 & A8, Peti Surat 156, 91308 Semporna dan beroperasi sepenuhnya di bangunan baru serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan Simpanan & Pengeluaran; Pembukaan Akaun Baru TH; Pendaftaran Haji & Umrah; Perkhidmatan Mesin ATM dan CDM (Bank Rakyat, Bank Islam & Maybank); Pindahan wang; Perkhidmatan Badal Haji;Perkhidmatan Kursus Haji dan umrah serta klinik bimbingan peperiksaan.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam Negeri Sabah, berharap dengan pelbagai kemudahan yang diperkenalkan Tabung Haji akan dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan serta dapat meningkatkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat Islam dan penduduk daerah itu.

No comments:

Post a Comment