Wednesday 1 May 2013

SIASAT SKANDAL ASIAN SUPPLY BASE







Saudara Pengarang,

SAYA ingin memaklumkan kepada Pengerusi dan semua Pengarah syarikat Asian Supply Base bahawa ada seorang Pengurus Besar Bahagian Operasi (General Manager-Operation) bernama SL Miao yg menyeleweng di dalam syarikat ASB untuk kepentingan diri.

Asian supply base di Labuan adalah sebuah anak syarikat kerajaan Sabah seperti Sabah Shipyard Sdn Bhd. 20 tahun yang lepas Sabah Shipyard tutup kedai oleh kerana semua Pengurus dalam syarikat tersebut menyeleweng untuk kepentingan diri dan kami tidak mau Asian Supply Base pun akan tutup kedai seperti Sabah Shipyard.

Asian Supply Base adalah sebuah syarikat pembekalan logistik kepada oil & gas seperti menyediakan Pelabuhan untuk Tug boat dan kapal minyak (Tangker vessel)' Treler dan Kren; malah mereka menyewa gudang kepada syarikat oil & gas di dalam kawasan Asian Supply Base dan sebagainya.

Kami mendesak pihak atasan menyiasat Pengurus Bahagian Operasi tersebut kerana beliau memberi kontrak pengangkutan kepada sebuah syarikat bernama Khiong Hee walaupun Asian Supply Base pun ada Kren, Forklift dan treler.

Di dalam Asian Supply base pun ada pangkalan sendiri dan kenapa kapal oil & gas hendak guna pelabuhan di bandar? Pada hemat saya, jika mereka guna pelabuhan di dalam Asian Supply Base beliau terpaksa guna Kren dan treler syarikat sendiri.

Bila guna pelabuhan di luar beliau boleh panggil syarikat Khiong Hee atau Lion transport dan beliau boleh dapat komisen. Apatah lagi kontrak tender seperti bangunan dan tebus guna tanah yang berjuta ringgit oleh ASB.

Di Asian Supply Base hanya berapa orang tertentu sahaja yang boleh sentiasa dapat projek walau pun melalui tender. Miao dan seorang lagi pengurus yang lebih tinggi pangkatnya beri keputusan siapa yang mau dilantik. Semua mereka merupakan kroni dan rakan kongsi.

Cuba anda bayangkan berapa kayanya mereka? Kami hanya takut nanti macam Sabah Shipyard tutup kedai di mana kami mau kerja? Perbuatan mereka berdua juga merugikan syarikat.

Sehubungan itu, Kami mendesak Pengerusi dan Pengarah syarikat menyiasat dan ambil tindakan segera. Kalau tiada sebarang tindakan, kami akan salurkan maklumat kami dengan bukti kepada Ketua Menteri Sabah dan SPRM.

Salam Hormat.

MR DS & PARTNERS.

No comments:

Post a Comment