Wednesday, 1 May 2013

ANWAR SEMAKIN LUAR BIASA?






LAUTAN MANUSIA.....Rakyat Tawau berhimpun mendengar Ceramah Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berganjak selama 30 minit ceramah beliau sambil diiringi sorakan "REFORMASI!".

Oleh : SYED KAMAL

TAWAU: Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Parti Keadilan Rakyat Tawau malam semalam ternyata mendapat sambutan luar biasa dari rakyat yang melapangkan masa untuk mendengar ceramah perdana Anwar pada malam itu sungguh mengejutkan.

Kira-kira 10 ribu orang hadir biarpun hujan turun renyai-renyai sekitar setengah jam sebelum beliau menyampaikan ucapan, namun orang ramai tidak berganjak malah terus hadir tanpa ada sebarang masalah.

Kehadiran Anwar yang juga bekas Timbalan Perana Menteri di sini malam tadi menyemarakkan lagi semangat semua calon Pakatan Rakyat (PR) di Tawau untuk memastikan kemenangan 100 peratus parti itu di kawasan tersebut.

Turut hadir bersama beliau Jeneral bersara Datuk Ghafir. Beliau lebih banyak menyentuh persoalan tentang akauntabiliti dan ketelusan dalam pemerintahan yang baginya agak kritikal pada masa ini.

Sambil menyebut beberapa kes yang jelas merupakan penyelewengan dan korupsi, beliau juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada orang ramai yang hadir pada malam itu.

Sambutan diberikan rakyat tempatan cukup mengkagumkan sekali belum pernah dalam sejarah PRU seramai ini penduduk Tawau keluar untuk mendengar ceramah yang dianjurkan PR.

Yang pasti kehadiran sebegini ramai kemungkinan besar akan diterjemahkan dalam bentuk undi. Dulu mungkin rakyat datang sekadar ingin tahu tetapi kini mereka untuk tunjukan sokongan padu.

No comments:

Post a Comment