Sunday 19 May 2013

PILIH JKKK YANG BERWIBAWA






Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SEMPORNA : CALON Ketua Kampung, Pengerusi JKKK/JKDB, Ketua Anak Negeri yang dibakal dilantik  ke jawatan berkenaan sekurang-sekurangnya mempunyai kelulusan SPM selaras dengan perkembangan dunia IT yang semakin merncabar.

Calon berkenaan seharusnya mempunyai pengetahuan asas dan celik ICT/IT agar mereka senang menjalankan tugas rasmi kerana hampir 80 peratus urusan pentadbiran menggunakan aplikasi komputer tanpa kertas.

Kaedah perlantikan ke jawatan tersebut seharusnya melalui proses 'pilihanraya' berdasarkan undi penduduk kampung dan bukannya dilantik oleh Wakil Rakyat.

Demikian pandangan aktivis muda UMNO, Mohd Saifullah Minggu untuk memperbaiki pentadbiran kampung dan menaiktaraf kampung yang terketinggalan daripada arus perdana pembangunan negara.

“Saya tidak nafikan ramai di kalangan pemimpin akar umbi seperti Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK sudah agak berumur dan melebihi 60 tahun sehingga produktiviti mereka merosot," kata Saifullah yang mencadangkan agar had umur maksima kurang 60 tahun.

“Sebagai Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK/JKDB, mereka harus pandai membuat kertas kerja untuk mencadangkan pelbagai kemajuan kepada Wakil Rakyat; kerana hanya mereka yang menyedari keperluan kampung mereka sendiri,” tambah Saifullah yang percaya gelaran JKKK Projek akan lenyap dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment