Oleh : RAM ANAND
Aktivis pelajar Adam Adli
ditangkap di Bangsar Utama kelmarin dan akan disiasat di bawah seksyen 124 Akta
Hasutan. Menulis dalam twitternya awal pagi ini, Adam berkata dia ditangkap di
Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Adam yang digantung
pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai ditangkap
berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya
anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.
Dalam forum itu, Adam
menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan
besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya
umum pada 5 Mei lalu.
Dalam ucapan ringkasnya,
Adam berkata sepintas lalu bahawa dia kisah didakwa atas kesalahan menghasut
berkaitan komennya pada malam tersebut.
Pelajar UPSI berusia 23
tahun itu sebelum ini disiasat kerana menurunkan bendera yang memaparkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur
tahun lepas.
No comments:
Post a Comment