Wednesday 8 May 2013

PRU-13 KEMENANGAN RAKYAT DAN BN






LAHAD DATU : Bekas Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Datu Nasrun  Haji Datu Mansur menyifatkan kemenangan beliau di parlimen Silam ini sebagai kemenangan rakyat dan Barisan Nasional (BN) khususnya bagi penduduk di tiga kawaan DUN iaitu Tungku, Lahad Datu dan kunak.

Nasrun yang ditemui sebaik sahaja diumumkan memenangi kerusi Parlimen Silam yang ditandinginya, berkata beliau dan wakil rakyat lain yang dipilih hanya bertanggungjawab bekerja menjalankan tugas yang diamanhkan kepada mereka.

"Kejayaan saya adalah kejayaan rakyat dan juga Barisan Nasional. Saya bersyukur kerana kita bukan sahaja menang di kawasan ini tetapi menang di semua kerusi di kawasan Parlimen Silam.

"Terima kasih kepada rakyat khususnya penduduk di kawasan Parlimen Silam atas sokongan yang diberikan sehingga saya memenangi dengan kelebihan undi majoriti besar pada pilihan raya umum ke13 kali ini," katanya kepada pemberita dekat sini, baru-baru ini.

Nasrun mengalahkan tiga calon lain iaitu calon dari parti STAR, Apas @ Nawawie Saking, Hj. Dumi Pg. Masdal yang bertanding atas tiket Bebas dan juga calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr. Badrulamin Bahron dengan kelebihan majoriti iaitu 13,387 undi.

Beliau mendapat 23,058 undi, manakala Apas @ Nawawie (841), Haji Dumi (4,959) dan Dr. Badrulamin (9,671).

Menurut Nasrun, kali ini cabaran yang digalas begitu besar, namun kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di kawasan parimen silam ini turut membuktikan rakyat di kawasan ini lebih mementingkan  perpaduan dan ingin bersam-sama berkongsi kejayaan menerusi usaha keras yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

"Saya mengaku cabaran begitu hebat dan bertanggungjawab yang digalas begitu kuat, tapi pengalaman semasa menjadi wakil rakyat selama dua penggal di DUN Lahad Datu banyak membantu.

"Segala kerja keras dan usaha amat berbaloi dan saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengundi di kawasan parlimen silam tidak dilupakan juga pada golongan belia atas sokongan pada yang diberikan bagi mencapai kemenangan ini," katanya.

Dalam pada itu, kata Nasrun beliau juga akan menumpukan dalam meningkatkan aspek keselamatan di kawasan parlimen Silam ini bagi mengembalikan tahap keyakinan orang ramai selepas insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina pada Februari lalu.

No comments:

Post a Comment